Rumah Buku e-zine rumah buku vol.3 | Page 25

| 100 p. p
Oh Rattus( satu)
Lorong ini sunyi hari ini. Tiada lagi bunyi-bunyian dari kau yang mendecit-decit bila berlari menyusup diantara kaki-kaki meja.
Aku faham kau bukan mengganggu sesiapa. Manusia yang rasa terganggu melihat gelagat kau berlari diantara kaki meja dan kadang-kala kau buat larian ala-ala ahli sarkas, berjalan diatas dawai diantara dua tiang eletrik itu.
Kau cuma menagih makanan, itu pun dari sisa makanan. Kau bukan minta mereka beri kau wang, tempat tinggal yang selesa dan punya telefon pintar untuk melihat berita perang disana sini. Kau dalam dunia kau. Aku harap kau gembira dimana jua kau berada.
| syuQ tOne
Oh Rattus( dua)
Kesunyian semalam terubat. Aku nampak kau bersama teman baru. Tenang berjalan seperti sepasang kekasih. Tidak menghiraukan manusia disekeliling. kadang-kala teman kau di hadapan dan kau mengekor kegirangan.
Indahnya petang kau hari ini. Aku tumpang gembira.
Aku harap kau berhati-hati, pasti ada manusia yang iri hati nanti melihat kegembiraan yang kau kecapi. Manusia itu punya pelbagai emosi kompleks. Mereka hanya mahu mendengar apa yang mereka mahu sahaja.
Melihat apa yang mereka rasakan indah sahaja. Menghina sesuka hati jika mereka selesa diatas timbunan helaian kertas bercetak dengan nombor-nombor yang kau tidak hiraukan.
Aku cemburukan kau. | syuQ tOne
23