Rumah Buku e-zine Rumah Buku - Vol.2 | Page 3

editOr bercakap... temu bual...

Salam Sejahtera buat kamu dan keluarga kamu, semoga sentiasa didalam lindungan Tuhan.
‘ Hubungan’ adalah kesinambungan interaksi antara dua orang atau lebih yang memudahkan proses pengenalan satu dengan yang lain. Hubungan terjadi dalam setiap proses kehidupan manusia.
| syuQ tOne | 03122016 yangon
Hubungan boleh terjadi dalam pelbagai situasi, seperti hubungan dengan teman sebaya, orangtua, keluarga, dan lingkungan sosial.
Tidak dilupa juga hubungan dengan maha pencipta, sesama makhluk dan kehidupan di dunia ini hingga berhubungan diluar lingkungan duniawi.
Tema hubungan menjadi seleksi pada kali ini untuk para pengkarya di rumah buku berkongsi karya dan cerita mereka dan tidak lupa juga ribuan terima kasih tidak terhingga juga buat admin( wana) yang banyak membantu didalam penghasilan e-zine rumah buku dan mengelola karya-karya baru dari rumah buku.
Kami juga didalam rangka menerokai lebih serius ke dalam media sosial semasa, hanya masa akan menentukan selagi mempunyai sokongan dari para pembaca sekalian.
sebarang pertanyaan boleh hubungi @ syuq1( aplikasi telegram).
p / s: print dan edar kat kawan-kawan ikut suka:)
01