cerpen pendek
MIFTAHUL JANNAH
-WandaAlwani-
Cuaca yang redup awal petang itu sungguh menyenangkan. Taman Rekreasi Pengkalan Asam mula di penuhi pengunjung untuk aktiviti riadah petang. Ada yang bersama keluarga, ada yang dengan sahabat dan tak kurang juga dengan kekasih hati berangan " sawitnyer " di petang hari. ' Mencemar pandangan betul.' Desisku dalam hati Jam di pergelangan tangan dipandang. Sudah hampir dua puluh minit aku disini, tapi jangankan kelibat si Zahra, bayangnya pun tak ada! " Jannah!" Sergahan itu memeranjatkan aku. Hampir-hampir saja aku buka silat gayung di tengah taman tadi. Zahra menunjukkan muka tak bersalah sambil tersenyum sumbing. Sudahlah lambat, boleh pula buat muka tak bersalah.
Aku malas mahu soal banyak, kami teruskan aktiviti riadah sebelum keadaan makin lewat. Selepas buat dua pusingan penuh jogging dan sedikit senaman ringan, kami berhenti rehat di sebuah bangku. Zahra seperti biasa, mula buka telefon. Kaki selfie lah katakan. Malam itu hujan lebat, patutlah redup saja cuaca petang tadi. Seperti biasa, aku jadi " burung hantu ". Malam orang tidur, aku berjaga. Nak buat macam mana? Masa macam inilah baru ada ilham nak menulis. Aku buka chanel aku di telegram, dan sambil-sambil baca update dari chanel yang aku follow.
" Hoi hoi " Satu chat masuk. Daripada Zahra. Pantang nampak aku online pasti dia nak kacau. Dasar kawan baik. " Ya, wassup?" Jawabku. " Mana puisi baru?" Soal Zahra. Ewah, dia ingat nak tulis puisi ini macam tulis abc ke apa? Tapi, dialah yang selalu jadi pengkritik tak bertauliah. Dari zaman sekolah rendah, hingga sekarang masing-masing dah dewasa. " Sabarlah, tengah typing." Jawabku ringkas. Zahra hanya menjawab dengan emoji sengih tunjuk gigi. Ya, sebijik macam Zahra.
Dari sudut hati yang paling dalam, Aku simpan sebuah rahsia cinta, Yang dulu pernah tersulam, Bersama mematri janji setia. Kenangan itu kembali menjelma, Seperti pita lama diputarkan semula,
10