puisi ‘ hubungan ’
Pokok getah dan manusia
Aku hanya pokok berusia , Insani mencakarku pelbagai bentuk , Memberi nafas kepada semua , Inilah aku pokok getah buruk .
Manusia mahukan hasil melaluiku , Sedaya upaya aku laksanakan tugasku , Memberikan susu segar setiap masa , Gembira mereka tiada terkata .
Walaupun tubuhku sakit dikelar , Namun aku sudah biasa , Lali ditoreh pisau tajam besar , Kerna kesakitan itu sekejap sahaja .
Hujan panas aku lalui , Angin ribut ku anggap tiada apa , Semua itu lumrah resmi , Tetap sahaja aku berpasak redha .
Persimpangan
terpaku tanpa rentak terkelu tanpa kata mengapa ya Allah bantulah aku berilah aku jalan ... supaya disana tidak terasa tidak tersentuh kerana hatinya sangat rapuh ... persimpangan untuk memilih antara dua tanggungjawab atau sahabat ....
-neerzu-
Semasa aku berdaun muda , Insani memujiku tanpa henti , Bila kudratku susut seadanya , Aku diseranah dan dikeji .
Kini aku tiada guna , Khidmatku tiada lagi , Aku hanya menunggu masa , Ditebang dan dibakar api .
By Abdul Syahid Temerloh 11 / 11 / 2016
08