|kisah seni
Temubual Bersama - Mazlan Noor (Along)
Assalammualaikum Abang 'long' Mazlan Nor.
1. Apa pandangan abang tentang seni halus di Malaysia?
Seni halus berkembang di Malaysia dalam suasana sederhana
2. Apa cita-cita abang didalam bidang seni yang belum tertunai?
Mahu berpameran diluar negara dalam memaparkan lukisan khususnya genre Islam dalam
karya-karya yang lebi bersifat universal
3. Boleh ceritakn sedikit later belakang tentang perjalanan seni abang?
Perjalanan seni selama 45 tahun sehingga kesaat ini dalam 2 peringkat iaitu satu peringkat
sewaktu bertugas di DBP, karya-karya banyak dalam bentuk terbitan di majalah-majalah DBP
selain dari terlibat dalam rekabentuk grafik buku-buku terbitan DBP. Peingkat kedua ialah
setelah bersara pada tahun 2002 barulah bermula lukisan di kanvas dan berpameran selain
dari menulis puisi
4. Boleh ceritakan kenangan pahit yang pernah abang lalui sebagai anak seni?
Kenangan pahit ialah mendapat banyak tentangan dari pihak atasan DBP yang tidak berani
dan tidak bersetuju dengan pembaharuan dunia rekabentuk. Masalah birokrasi yang
melembabkan visi dan misi dan innovasi yang mahu diperkenalkan. Manakala dalam dunia
berpameran masalah sokongan yang amat menyedihkan dari agensi-agensi yang teribat
dalam senilukis dalam membiayai dari segi sokongan dana.
5. Mengapa seni merupakan salah satu cabang karier yang penting?
Seni adalah kehidupan. Tanpa seni dunia tidak berseni. Dunia dibina dan dicipta oleh ALLAH
berbentuk seni dalam semua kejadian dari manusia sehingga kewujudan alam adalah
merupakan seni. Tanpa seni dunia akan mati. dan Al-Quran adalah kitab yang penuh seni dan
rahsia untuk diketahui isinya.
02