EditOr bercakap . . .
Salam Sejahtera buat kamu dan keluarga kamu, semoga sentiasa didalam lindungan Tuhan.
Sekarang baru jam 12:38 tengah malam waktu di Yangon, Myanmar. Dan
2:08 pagi di Kuala Lumpur. Kesibukan sedikit menjadikan ezine edisi kali ini agak
lambat dikeluarkan. Walau bagaimana pun ia tetap belum menjengah bulan Mei.
Ilham tema kali ini datang dari Tyra A.R. Tema kali ini juga telah lama diper-
katakan dengan beberapa isu semasa yang berlaku disekitar kita, sama ada kita
sedar atau tidak.
|syuQ tOne|
30042017
yangon
Pada pengamatan saya kali ini banyak puisi-puisi yang semakin baik
dipersembahkan, kadang-kala boleh terasa getaran semangat yang hendak
disampaikan. Semoga lebih ramai lagi akan turut serta dan berlatih menulis. Terima
kasih juga kepada saudara Shoffie yang tidak jemu mengelolakan puisi hujung
minggu di dalam kumpulan telegram Rumah Buku. Terima kasih juga kepada para
admin yang tidak jemu mempromosikan rumah buku, berkongsi info buku,
berkongsi aktiviti seni semasa, dan berkongsi aktiviti satu hari satu kosa kata. Terima
kasih juga kepada ahli-ahli RB yang aktif berkongsi info dan merapu juga hehe
(proses berkenal-kenal itukan perlu gurauan). Semoga segala ilmu, masa, tenaga
yang anda curahkan bermanafaat untuk semua dan mendapat keberkatan dari
tuhan.
Berikut adalah secara ringkas berkenaan tema ezine RB vol.6 kali ini.
tema : suara dari langit
Suara dari langit berkisar tentang isu 'penunggang agama' menjadikan agama
sebagai satu bentuk bersifat keperibadian seperti berpura-pura, kepentingan perni-
agaan, meraih simpati, dan menongkah populariti dalam cara yang jijik dan
menyesatkan.
Isu agak berat untuk diperkatakan. Bagi saya para pengkarya berjaya menter-
jemahkannya dalam bentuk puisi, dan monolog. Semoga kita sama-sama
mengambil iktibar.
p/s: mohon viralkan ya setiap edisi ezine dari RB ini adalah PERCUMA :)
01