100 patah perkataan
Persada couple-hood di zaman reinkarnasi kedua.
Farhana Merican. Seorang gadis fundamental yang berkerja sebagai pembuat roti pretzel di salah sebuah kilang tikus, rutin hariannya selalunya di habiskan untuk menyajikan makanan kelas suku dua.
Memiliki pakej badan yang menarik di tambah muka ala-ala maria kari pada era reinkarnasi kedua di kota metropolitan kuala kembangan ini sudah di kira cukup beruntung; dia boleh saja menjadi artis ekspres melalui rancangan AF atau nama glemernya Akademi Fak.
Tetapi di sebabkan semangat membaranya yang bercita-cita ingin menjadi seorang jutawan pembuat roti pretzel.
Dia lagi sanggup menghabiskan waktu hidupnya tanpa tergedik-gedik dengan trend goals persada couple-hood bersama lelaki yang tak mendatangkan faedah malah celaka dan kecewa adalah.
Bagi Farhana, dia lebih rela menahan bau barbeku di kilang tikus itu. Baginya, dia tetap berpegang kepada prinsip teori infiniti; di mana ada kemahuan di situ ada oven menjadi jutawan.
Petang itu, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Di kala matahari mula berada pada posisi membenam arah barat pada bukaan appeture f / 16 bersamaan shutter, 1 / 100.
Muka Farhana lantas berubah warna menjadi merah; semerah senja nan megah, bila melihat gadis seusianya tergedik berkasih sayang dengan ajnabi di tasik tatawangsa.
Tanpa berfikir panjang dia lantas meluru ke arah dua merpati sejoli yang tak seberapa sejoli itu; dia tekad mahu bagi ceramah tanpa tajuk kepada mereka.
07