100 patah perkataan
Kerana Senaskah Buku
Pertemuan yang tidak pernah diduga terjadi di suatu hari saat senja menjelang . Siapa sangka kerana senaskah buku mereka bertemu . Pertemuan yang singkat namun mampu memutik sejuta kebahagiaan . Erin bertemu Syakir di sebuah cafe dengan bertemankn secawan kopi mereka mula berborak berkaitan buku yang di tulis oleh syakir sambil syakir mengeluarkan buku itu dari beg sandangnya dan memberikannya kepada Erin .
Kini buku itu sudah bertukar tangan . Mereka asyik bercerita dan mula berkongsi pengalaman dan serba sedikit tentang diri masing-masing . Jelas terpancar keselesaan di riak wajah mereka ibarat sudah bertahun bersahabat .
Bulan kian menampakkan wajah dan hari pun kian gelap jadi mereka memutuskan untuk mengakhiri pertemuan pendek yang sangat bererti tanpa sedar . Kerana senaskah buku lah mereka bersahabat dan menjadi teman yang sangat rapat sehingga ke saat ini . Benarlah bertemu dan berpisah itu semua di tangan Allah .
Kebahagaian kian terlakar dalam kamus hidup mereka , jadi pada Erin nikmat Allah apa lagi yang harus dia dustai setelah memperoleh teman yang sangat menghargai dan boleh berkongsi segala cerita suka dan duka . Dalam hati Erin biarlah rasa itu terus kekal untuk selamanya .
Hasil nukilan - Afaf Salleh
06