@Pancing October 2020 | Page 37

“ Gewang kegemaran saya adalah topwater seperti propeller , pencil dan popper dimainkan di waktu pagi atau ketika air tenang . Gewang lain yang juga saya selalu turunkan adalah minnow selaman cetek untuk dimainkan di celah-celah samai .”
Di lombong Air Kuning terdapat perkhidmatan menyewa bot dan ini amat memudahkan .
“ Gewang kegemaran saya adalah topwater seperti propeller , pencil dan popper dimainkan di waktu pagi atau ketika air tenang . Gewang lain yang juga saya selalu turunkan adalah minnow selaman cetek untuk dimainkan di celah-celah samai .”
TRIP PERTAMA
Sebaik PKP dilonggarkan tempohari , lokasi pancingan pertama yang diterjah sudah tentunya di lombong Air Kuning ini untuk mencari PB yang menjadi kegemaran saya . Malangnya trip pertama selama 2 hari tersebut dibebani dengan hujan lebat pada sebelah petang .
Seperti yang diketahui umum , suasana hujan menyebabkan PB menjadi pasif mungkin akibat dari tekanan udara yang rendah . Nasib baik saya sempat melayan beberapa ekor PB saiz boleh tahan pada sebelah pagi dan tengahari sebelum hujan ribut turun .
TRIP ULANGAN
Tidak berpuas hati atau sebenarnya lebih kepada ‘ ketagih ’ lebih-lebih lagi sudah lama tidak pergi memancing sejak dari PKP , minggu depannya saya turun sekali lagi . Sememangnya nasib juga tidak menyebelahi , hari pertama di trip ulangan ini hujan turun sepanjang hari membantutkan aktiviti saya .
Hanya hari kedua betul-betul cuaca baik , dan ketika itulah saya dapat melanyak cukupcukup PB di sana , hanya kebanyakan saiz yang saya dapat adalah kecil sahaja . Namun itulah lumrah pancingan PB pada masa sekarang kerana ramai pemancing yang tapau bawa balik ikan ini terutamanya yang bersaiz kasar . Impaknya , semakin sukar untuk mendapatkan PB saiz trofi .
Tetapi ia tetap tidak mematahkan semangat saya kerana ia membuatkan saya lebih berusaha untuk ‘ mengorek ’ PB saiz kasar di kemudian hari ! — @ Pancing
Pertanyaan bot sewa : AZRUL 019-786 0773
PB yang saya dapat dengan minnow .
@ pancing • Oktober 2020 • 37