@Pancing October 2020 | Page 38

@ Surf Fishing

EDI ISA ( leadhunters231m @ gmail . com )

Edisi Khas Longcast

30hb Ogos 2020 , buat pertama kalinya diadakan acara ‘ Edisi Khas ’ mengukur jarak jauh ( LONGCAST - Edisi Set Pancing ). Acara ini telah dianjurkan oleh RJA Event Management bersama Mat Baara dengan bantuan nasihat teknikal dari Persatuan Sportcast Malaysia .

Acara ini diadakan dengan tujuan

untuk memberikan pendedahan secara teknikal dan menggalakkan pemancing pantai untuk mengukur jarak balingan mereka mengikut teknikal lontaran yang betul .
Sudah begitu lama , ramai pemancing pantai di Malaysia , cukup berani mengatakan balingan mereka mencecah jarak 200 meter . Malangnya ia tidak dibuktikan secara teknikal dan disahkan oleh mana-mana pihak yang bertauliah . Lebih mendukacitakan , masih ramai lagi pemancing yang menganggap lebih kuat bunyi joran tatkala melibas , maka akan lebih jauhlah jarak balingan !
ALAT UKUR KETEPATAN JARAK
Apa yang menarik dalam acara kali ini , peserta tidak diberikan sebarang syarat bagi peralatan yang akan digunakan . Secara asasnya kelengkapan seperti joran , kekili , teknik balingan , kekuatan tali dan berat atau bentuk ladung adalah mengikut kesesuaian yang lazim digunakan oleh pemancing dalam siri pertandingan pancing pantai ( surfcast ).
Memandangkan siri khas ‘ longcast ’ ini berlangsung di tepi laut , maka pengukuran hanya boleh menggunakan line counter . Alat ini digunakan untuk mengukur panjang tali yang telah keluar dari kekili setelah balingan dibuat .
Sejujurnya penggunaan line counter ini tidaklah terlalu tepat kerana ia masih dipengaruhi oleh faktor lebihan tali yang keluar akibat dari pergeseran angin semasa di udara dan tolakan arus air , tetapi ia masih boleh dijadikan rujukan jika tiada kaedah lain .
Andai mahukan lebih ketepatan , ‘ Laser
( Atas ) Aksi peserta membuat balingan terbaik mereka .
Laser Range Finder .
( Bawah ) Dari kiri Bob GMK 2nd , Kapten Noll 1st , Abang J 3rd .
( Kanan ) Penganjur dan peserta .
Range Finder ’ ialah alat yang biasanya digunakan untuk mengukur jarak dari titik balingan hingga ke titik jatuhan ladung menggunakan teknologi cahaya laser .
SAMBUTAN
Seramai 20 orang peserta telah menyahut cabaran ini yang terdiri dari grup-grup pemancing pantai dari seluruh Malaysia seperti SSG , GTB , On X On , CRS , GMK dan KPF .
Acara ini telah dijalankan pada sebelah petang selepas siri Pertandingan Memancing Pantai anjuran RJA Management yang diadakan pada sebelah pagi di Tanjung Harapan , Klang .
Peserta menggunakan pelbagai jenama joran dan kekili . Tali berskala 10-20lb jenis 8 sulam dari pelbagai jenama menjadi pilihan pemancing pantai buat masa sekarang kerana ukur lilit ( diameter ) yang halus , kurang rintangan air dan mampu mendapatkan jarak balingan yang lebih jauh ke lubuk ikan .
Berat ladung antara 125-150gm pula digunakan mengikut kesesuaian pemancing . Pemancing hanya dibenarkan menggunakan teknik balingan yang biasa dipraktikkan di dalam siri pertandingan memancing sahaja iaitu Off-The-Ground ( OTG ), dengan ladung akan diletakkan di atas permukaan tanah sebelum balingan dibuat .
Tempat pertama dimenangi oleh Kapten Noll dari pasukan GTB dengan jarak sejauh 166 meter dan membawa pulang hadiah RM150.00 . Tempat kedua diisi oleh Bob dari pasukan GMK dengan jarak 159 meter dengan memenangi hadiah wang tunai RM100.00 . Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Abang J dari pasukan On X On dengan jarak sejauh 155 meter dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM50.00 .
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berani menyahut cabaran dengan menyertai acara ini yang tujuan asalnya adalah untuk mengajak pemancing pantai mengukur jarak balingan mereka menggunakan cara dan teknik yang betul dan bersesuaian .
Diharapkan semua pemancing pantai di Malaysia mendapat pendedahan betapa pentingnya untuk mengetahui jarak balingan diri sendiri bagi memperbaiki jarak dan teknik balingan . Semuanya ini untuk kegunaan diri sendiri bukannya untuk orang lain . Tidak berbalah tanpa fakta tetapi menggunakan catatan data . Jom pancing pantai ! — @ Pancing
Pertanyaan : EDI 016-632 9043
38 • Oktober 2020 • @ pancing