@Pancing October 2020 | Page 15

Layaran pertama trip yang berjaya ditawan memggunakan umpan Tamban hidup .
Joran yang direka khusus untuk mencandat sotong , Expert Graphite Target TGE862 . Candat Eupro warna oren paling laku ketika trip . beri peluang kepada pemancing-pemancing tempatan untuk memburunya dengan lebih mudah .
Sesi pancingan kami bermula di Jeti Tok 4 , Sungai Puteri dimana kebanyakkan bot-bot memancing untuk disewa di Kuala Rompin berlabuh di sini . Seperti biasa , sebaik sahaja berlepas dari jeti kami menuju ke unjam untuk mencari umpan anak ikan menggunakan apollo .
Apollo jenis kertas lebih efektif dan saiz 8 paling ideal digunakan , namun saiz 10 & 12 sebaiknya disediakan juga untuk mencari umpan saiz besar . Selepas cukup stok umpan , kami terus bergegas ke unjam yang ada kawanan Layaran .
SET-UP
Kami menggunakan set-up joran medium heavy . Lagi cepat ikan ditewaskan , lebih baik , ini untuk mengurangkan tekanan kepadanya apabila dilepaskan semula nanti . Kami menggunakan joran Expert Graphite Blackstone Light Popping & Lure Game PE3-6 dan PE2-3 . Ia dipadankan bersama kekili mendatar saiz 6000 dan 8000 dengan muatan tali sulam 40lb dan 50lb sepanjang lebih dari 300 meter .
Mata kail circle Owner 5114-151 saiz 4 / 0 dan 5 / 0 dipilih kerana ia direka khusus untuk memastikan ia tercangkuk di bahagian penjuru bibir ikan , sekaligus mengelakkan ikan dari menelan mata kail hingga ke perut dan menyebabkan kematian .
AKSI BERMULA
Setibanya kami diunjam , kelihatan burungburung sedang mengikut kawanan ikan Layaran . Tanpa berlengah , kami melontar terus umpan ke arahnya . Kurang dari 2 minit menunggu , tali dari gelendung kekili mencurah keluar . Tali dibiar seketika sebelum gelendung ditutup dan pertarungan pun bermula . Jika menggunakan circle hook anda tidak perlu menyembat joran , sebaliknya hanya perlu menahan joran dan mata kail lengkar akan tertancap dengan sendirinya .
Dalam tempoh sejam sahaja kami berjaya mendaratkan lima ekor Layaran di unjam yang sama dan banyak juga yang terlucut dan putus . Luar biasa tahun ini , saiz Layaran kasar-kasar belaka , mengiyakan teori bahawa tekanan memancing yang kurang membuatkan Layaran saiz besar tidak menjadi culas .
CANDAT SOTONG
Kebetulan serentak dengan musim Layaran juga musim Sotong Mengabang . Puas dilanyak

“ Luar biasa tahun ini , saiz Layaran kasar-kasar belaka , mengiyakan teori bahawa tekanan memancing yang kurang membuatkan Layaran saiz besar tidak menjadi culas .”

Layaran , sesi candat pula bertukar tempat . Saya turut membawa joran Eging Expert Graphite Target dan beberapa candat Eupro .
Menariknya , bukan sahaja Mengabang yang diperolehi , Sotong Jarum turut terselit sama . Pemilihan saiz dan warna candat banyak memainkan peranan . Candat saiz # 2.5 , warna oren terang paling laku berbanding yang lain . — @ Pancing
Pertanyaan : JAT ROMPIN BOAT CHARTER 014 604 9917
@ pancing • Oktober 2020 • 15