@Pancing October 2020 | Page 14

MUSIM LAYARAN KUALA ROMPIN

@ Air Masin

JOHARI JAMIL ( johari _ jamil @ yahoo . com )

Menjejak Ratu Pecut Lautan

MUSIM LAYARAN KUALA ROMPIN
Tahun ini saiz Layaran Rompin kasar-kasar belaka , mungkin tiada pemancing luar negara yang turun ke sini akibat Pandemik Covid-19 menyebabkan ia kurang culas . Ikan ditangkap menggunakan joran Expert Graphite Blackstone GT 772MH light popping rod .
Layaran yang sama dengan tag lama di badannya . Ini membuktikan amalan ‘ tangkap dan lepas ’ adalah berjaya !

Setiap tahun dari Ogos hingga Oktober , Kuala Rompin menjadi tumpuan kaki-kaki pancing dari dalam dan luar negara untuk memburu ikan Layaran dan tahun ini saiznya gadang-gadang belaka !

IKAN LAYARAN dikategorikan sebagai

‘ Gamefish ’ dan boleh ditemui di lautan tropika bersuhu panas dan sederhana . Kumpulan Layaran ini akan berhijrah ke perairan Kuala Rompin sejajar dengan musim ikan Bilis yang menjadi diet utamanya . Kebiasaannya kumpulan layaran suka berlegar di sub permukaan air untuk memburu ikan-ikan pelagik kecil seperti Tamban , Selar , Kembung dan Lolong . Terdapat beberapa cara untuk memburu Layaran seperti casting , trolling dan paling cepat dengan umpan ikan hidup .
Sehari sebelum cuti Hari Kemerdekaan , saya dan beberapa rakan telah berkunjung ke lokasi popular Layaran ini . Kebiasaannya , ketika musim ikan ini , Kuala Rompin akan dibanjiri pemancing-pemancing luar negara . Namun , ia tidak berlaku pada tahun ini disebabkan Pandemik Covid-19 .
Kurang pemancing luar negara , bermakna ikan kurang menerima tekanan dan ini mem-
Sotong Jarum turut berlegar di kawasan Sotong Mengabang . Layaran yang didaratkan menggunakan joran Expert Graphite Blackstone LGS 722L PE 2-3 .
14 • Oktober 2020 • @ pancing