@Pancing November 2020 | Page 16

Penggunaan single hook di bawah jig membuahkan hasil apabila mata kail tertusuk di sisi badan Tenggiri yang berskala 8 kg ini ( scan QR code untuk menonton video !).
( Atas ) Tangkapan berganda kerap berlaku jika jig dilontar di perimeter yang sama .
( Kiri ) Sembilang turut terdapat di kawasan tukun .
( Kanan ) Majoriti Tenggiri yang ditawan menghentam jig di pertengahan air .
( Kiri ) Shafid bersama Senangin yang menghentam jig di kawasan kapal karam .
dikarau laju mana pun , ia tetap perlahan . Namun begitu , saya berjaya menawan 5 ekor Tenggiri ketika trip ini !
Pemilihan ratio gear kekili spinning yang sesuai untuk jigging Tenggiri adalah 5:8:1 ke atas dengan siri HG atau XG . Saya sependapat dengan Editor Faiz Karim ( rujuk isu bulan lepas , Oktober 2020 , ms . 25 ) bahawa karauan laju atau perlahan kedua-duanya relevan untuk menawan Tenggiri .
Paling utama ialah mempelbagaikan kadar kelajuan karauan jika tangkapan belum diperolehi . Jika berjaya pada satu-satu kelajuan karauan , kekalkan ia pada percubaan yang seterusnya .
PANCING DASAR
Menjelang tengahari selepas 2 jam berpesta Tenggiri , suasana menjadi sepi . Kami mengambil keputusan untuk melakukan
16 • November 2020 • @ pancing