@Pancing November 2020 | Page 15

“ Majoriti tangkapan kami adalah dengan mengarau jig dengan laju . Walau bagaimanapun , ada juga Tenggiri yang diperolehi semasa melakukan karauan perlahan . Dari pengalaman saya , perkara ini adalah amat subjektif .”
“ Majoriti tangkapan kami adalah dengan mengarau jig dengan laju . Walau bagaimanapun , ada juga Tenggiri yang diperolehi semasa melakukan karauan perlahan . Dari pengalaman saya , perkara ini adalah amat subjektif .”
Fared bersama Tenggiri terbesar trip berskala 9kg yang ditawan menggunakan jig 60g berwarna merah putih .
jigging yang dibawa .
Setibanya di lokasi kelihatan beberapa bot lain sudah berada di situ . Tanpa berlengah saya melontar jig 40g warna chrome dan biarkan ia mencecah dasar . Ketika melakukan karauan laju pada jatuhan kedua , jig terus diterkam seekor Tenggiri . Pada masa yang sama rakan yang berada di belakang saya turut menerima sambaran lantas double hook-up berlaku dan kedua-duanya berjaya kami daratkan .
Rata- rata kesemua jig yang kami gunakan adalah dari 40 - 60g dan ditambah satu mata kail single di bawah sebagai insurans . Tali assist pula adalah dari jenis dawai yang disalut Kevlar . Tindakan menambah single hook di bawah jig berkesan apabila saya sekali lagi menerima sambaran seekor Tenggiri berskala 8kg yang mana single hook hanya tertancap di sisi badannya !
Sebaik sahaja bot melepasi kawasan lubang , tekong Mimi akan membuat satu lagi pusingan . Setiap kali berhanyut kami berjaya mendaratkan 3-4 ekor Tenggiri . Adakala ketika jig sedang turun Tenggiri menyambar lalu putus . Kejadian putus , dan rabut sering berlaku sepanjang trip namun ini lumrah memancing Tenggiri .
KARAU LAJU ATAU PERLAHAN
Majoriti tangkapan kami adalah dengan mengarau jig dengan laju . Walau bagaimanapun , ada juga Tenggiri yang diperolehi semasa melakukan karauan perlahan . Dari pengalaman saya , perkara ini adalah amat subjektif .
Ketika trip , saya menggunakan kekili spinning bersaiz 1000 dengan ratio gear 5.0:1 dan dengan ratio gear yang sedemikian jika
Kejayaan trip kami adalah atas usaha gigih tekong Mimi untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk bot berhanyut .
@ pancing • November 2020 • 15