@Pancing November 2020 | Page 14

LUBANG LAPAN BATU SUNGAI BESAR

@ Air Masin

JOHARI JAMIL ( johari _ jamil @ yahoo . com . my )
Bot tekong Mimi boleh memuatkan 5 - 6 orang pemancing .

Melayan Amukan Tenggiri

LUBANG LAPAN BATU SUNGAI BESAR

Lokasi berhampiran Lembah Klang ini sentiasa mengamit memori , apa tidaknya Alhamdullilah rekod saya masih lagi cemerlang setiap kali ke sini !

Trip pertama saya ke Sungai Besar adalah pada 2 tahun lepas bersama Editor Faiz Karim . Ketika itu beliau memperolehi tangkapan mengujakan iaitu seekor Kurau berskala dua digit . Pada tahun berikutnya sekali lagi saya bertandang ke sini dan saya berjaya mendaratkan seekor Pari berskala 40kg selepas satu jam lebih bertarung .

Baru-baru ini selepas ajakan daripada
Jeti kebanyakkan bot-bot nelayan di Sungai Besar berlabuh .
rakan-rakan , saya berpeluang menduga perairan ini sekali lagi . Tujuan kami kali ini adalah untuk melakukan pancingan dasar sambil jigging mencari Tenggiri kerana masih di dalam musimnya . Kali ini saya berada tepat pada masanya kerana tidak menang tangan melayan amukan Tenggiri !
Ketibaan kami di Pekan Sungai Besar pada jam 5 pagi disambut dengan hujan lebat . Sebaik sahaja hujan reda , kami terus ke pasar untuk membeli Kembung segar yang akan dijadikan umpan pancingan dasar . Sesi pancingan kami bermula di jeti Bagan Sungai Pulai , Sekendi .
Memandangkan hujan masih turun kami keluar agak lewat sekitar jam 8.30 pagi .
LOKASI
Terdapat beberapa lokasi yang berpotensi di perairan Sungai Besar antaranya , kawasan kapal karam , tukun konkrit dan lubang . Tekong Mimi menyarankan supaya terus menghala ke lokasi Lubang Lapan Batu kerana menurutnya kumpulan Tenggiri masih berlegar di situ . Lokasi kawasan lubang ini agak jauh sedikit dan kami mengambil kesempatan itu untuk memasang peralatan
14 • November 2020 • @ pancing