@Pancing May 2021 | Page 28

PANCING LAYANG DI PANTAI SRI TUJUH KELANTAN
Pantai Sri Tujuh di Tumpat ini merupakan kawasan rekreasi yang terkenal di Kelantan . Ia dinamakan Sri Tujuh kerana dikatakan terdapat 7 lagun di sekitarnya . Menarik sekali lagun-lagun ini juga ialah lokasi terbaik untuk pancing layang !

@ Pancing Layang

NORHISYAMUDDIN ABD GHANI | norish _ ghani @ yahoo . com

Romancing With The Ladies

PANCING LAYANG DI PANTAI SRI TUJUH KELANTAN

Pantai Sri Tujuh di Tumpat ini merupakan kawasan rekreasi yang terkenal di Kelantan . Ia dinamakan Sri Tujuh kerana dikatakan terdapat 7 lagun di sekitarnya . Menarik sekali lagun-lagun ini juga ialah lokasi terbaik untuk pancing layang !

Ladyfish puas dilayan biarpun kena saiz kecil .

PANTAI Sri Tujuh bersebelahan sempadan Thailand dan mengadap Laut Cina Selatan . Lagun-lagun yang terpisah dengan laut ini berair masin dan menjadi habitat semulajadi kepada pelbagai spesies ikan muara seperti Tarpon , Ladyfish , Milkfish , Siakap Putih , Siakap Merah , Tanda , Belanak dan banyak lagi .

Menarik sekali , kebanyakan spesies ikanikan ini boleh digoda dengan umpan pancing layang dan matlamat utama kami ke sini ialah memburu ikan Ladyfish atau dikenali sebagai “ Bandang ”. Manakala ikan Tarpon ( ikan Bulan ), Milkfish ( ikan Susu ) dan ikan-ikan lain merupakan bonus kepada kami .
FAKTOR TARGET
Sebab apa Ladyfish menjadi target utama ? Kerana ia tidak memilih sangat dan sanggup membedal pelbagai paten umpan layang . Namun ia juga bukan mudah juga untuk digoda . Persembahan umpan perlulah kemas dan stripping ( menarik ) umpan tiruan ini
Tangkapan Ladyfish saya di salah satu trip di sana . Saiz sebegini sedap layan guna set wt . 5 / 6 .
perlulah berseni membuatkan pergerakan umpan mimik seperti ikan kecil yang menjadi buruannya .
Sebab kedua , tentulah kuasa pecutan Lady-
fish tatkala ia terkena umpan layang . Saat ia memecut hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk semua tali layang keluar dari kekili meninggalkan tali backing sahaja untuk bertahan , terutamanya jika kena spesimen bersaiz kasar .
Bentuk ikan ini yang bulat memanjang seumpama torpedo dan dibantu siripnya yang panjang dan ekor bercabangnya itulah yang menyumbang kepada kuasa pecutan luar biasanya . Bagi sesiapa yang pernah kena pasti dapat hadam kenyataan saya ini , bukan ?
TRIP
Komplot ke Pantai Sri Tujuh sebenarnya tidak dirancang langsung , hanya panggilan sehari sebelum trip kepada rakan-rakan dijawab dengan positif . Kebetulan pula cuti umum .
Sebelum ke sana , kena berhubung dahulu dengan “ guide ”, saudara Kie . Sudah lumrah adat bertamu kena hubungi juga rakan-rakan lain yang berdekatan supaya dapat membantu dalam banyak hal , terutama selok belok jalan , lubuk-lubuk pancingan , tempat berehat
28 | Mei 2021 | @ pancing