@Pancing May 2021 | Page 29

“ Bentuk ikan ini yang bulat memanjang seumpama torpedo dan dibantu siripnya yang panjang dan ekor bercabangnya itulah yang menyumbang kepada kuasa pecutan luar biasanya . Bagi sesiapa yang pernah kena pasti dapat hadam kenyataan saya ini , bukan ?”
Lagun yang menjadi lokasi pancingan kami di Pantai Sri Tujuh .
“ Bentuk ikan ini yang bulat memanjang seumpama torpedo dan dibantu siripnya yang panjang dan ekor bercabangnya itulah yang menyumbang kepada kuasa pecutan luar biasanya . Bagi sesiapa yang pernah kena pasti dapat hadam kenyataan saya ini , bukan ?”
Zarul bersama Ladyfish beliau . dan sebagainya .
Jam 8.30 pagi , selepas sarapan kami sudah tercegat di kawasan Peranginan Pantai Sri Tujuh , suasana amat tenang hari itu . Memancing di lagun air masin amat berbeza sekali suasananya berbanding di sungai pergunungan di tempat saya di Kuala Berang Terengganu . Jadi ilmu kawasan tempatan amat penting , terutama untuk masa pasang surut air laut kerana ia amat membantu kejayaan trip ini .
SET PANCING LAYANG
Set pancing layang yang digunakan mesti ngam dengan kekuatan ikan jika tidak mahu berputih mata . Saya menggunakan set wt . 5 / 6 Fenwick , Fairuz sudah bersedia dengan Redington wt . 6 dan Zarul tidak sabar dengan set barunya Guideline wt . 8wt . Sedikit heavy action , katanya untuk bersedia jikalau dihentam Ladyfish saiz mega .
Umpan layang pula kami sediakan berwarna hijau lumut yang diikat paten Crazy Charlie dan Streamer .
@ pancing | Mei 2021 | 29