@Pancing June 2021 | Page 7

TRIGGERFISH

Bonefish saiz sebegini banyak di sini dan ia amat menghiburkan .
TERDAPAT lebih kurang 40 spesies ikan ini dalam famili Balistidae . Profilnya dengan warna-warna yang menyerlah amat menarik sekali . Antara banyakbanyak jenis Triggerfish , spesies Titan Triggerfish paling didambakan pemancing layang lantaran saiz dan keagresifannya .
Ikan ini terkenal dengan mengunyah batu karang umpama memakan kacang untuk menyelongkar makanannya yang berupa ketam dan udang yang bersembunyi di dalamnya . Tidak hairan mata kail pun boleh menjadi bengkok atau terkangkang bila terkena ikan ini !
Ikan ini jarang-jarang sekali membesar melebihi 50-55 cm , namun memancingnya amat menyeronokkan dan boleh dikira menghiburkan di masa sengang sementara menunggu spesies ikan-ikan lain yang lebih besar melintasi hadapan anda .
Anda berdoa sepanjang pertarungan supaya tali tidak terputus sebaik ia bergeser dengan batu-batuan karang tajam dan akhirnya ia dapat dinaikkan . Bukankah itu satu pencapaian yang amat gemilang ? ini menjadi idaman kerana tidak ada tempat lain di dunia ini yang dapat menghidangkan beting-beting pasir cetek yang luas dari satu pulau ke satu pulau yang lain baik pulau besar mahupun kecil .
Anda meranduk air separas lutut ataupun pinggang dan dengan bantuan kacamata polarised untuk mengelakkan biasan cahaya matahari , anda dapat meninjau suasana air dari dasar hinggakan ke permukaan , semuanya jelas !
Sight fishing yang membolehkan anda ‘ memilih ’ ikan-ikan target . Jika rasa berkemampuan menewaskan ikan yang terlihat , hanya layangkan umpan dan – bertahan .
Jika anda rasa akan kena buli hingga bakal merosakkan segala peralatan pancing
Bayangkan anda terlihat seekor GT bagak berlenggang lengguk berenang hanya beberapa meter sahaja di hadapan anda dan terus umpan dilayangkan kepadanya . Ia diikuti dengan satu henjutan yang amat padu sekali menuju ke tebing berjeragat dengan batu-batu tajam !
yang digunakan dan terutamanya ego anda – biarkan sahaja ikan tersebut berlalu dan berpalinglah mencari target-target lain yang bersesuaian !
SPESIES IKAN
GT amat sinonim dengan pancing layang di atoll-atoll Lautan Hindi ini , namun jangan sesekali dilupakan spesies-spesies ikan perkasa yang lainnya yang menjadikan kawasan flats ini lapangan permainannya juga seperti Bluefin Trevally , Barracuda , Yellow-Lip Emperor , Mutton Snapper , Parrotfish , Triggerfish , Milkfish , Indo-Pacific Permit dan Bonefish .
Seharian , pada sebelah pagi biasanya kami akan sight fishing untuk Bonefish dan Triggerfish . Kemudian , apabila menjelang

INDO-PACIFIC PERMIT ( Trachinotus blochii )

SPESIES ini boleh dikatakan kecil berbanding sepupunya di Caribbean ( Trachinotus falcatus ). Saiznya di sini jarang-jarang melebihi panjang 75 cm dan saiz maksimum adalah lebih kurang 85 cm dengan berat sekitar 10 kg namun payah nak jumpa . Jika dikira dari segi ketrampilan , ianya lebih cantik berbanding dengan Atlantic Permit dengan warna badannya yang kuning cerah keemasan .
Ikan ini sebenarnya bukan mudah digoda dengan pancing layang kerana sifatnya yang amat berhatihati dan cepat panik . Jadi ia haruslah dirapati dengan cermat tanpa menakutkannya sebelum umpan dilayangkan kepadanya . Apabila ia dapat didaratkan , ia bakal menjadi trophy kenangan terindah buat anda di sepanjang hayat !
@ pancing | Jun 2021 | 07