@Pancing June 2021 | Page 8

GT menghentam popper fly adalah satu pengalaman yang amat mengujakan !
Kepelbagaian spesies ikan di sini amat menakjubkan !
Salah satu spesies Kura-kura yang terbesar di dunia habitatnya di sini .
tengahari dan arus berubah naik pasang memenuhi kawasan cetek di beting pasir , kami akan mencari Indo Pasific Permit pula dan selalunya pada masa yang sama GT akan memasuki flats mencari makanannya berupa anak-anak ikan . Itulah masanya popper fly akan diturunkan !
Sebelah petang selalunya angin kuat akan melanda dan kami akan berehat seketika sehinggalah lewat petang apabila angin sedikit reda kami akan mencuba menggoda ikan Milkfish ( Chanos chanos ) satu spesies gagah walaupun ia hanya pemakan ' sayur ' ( algae ) sahaja . Hingga kini kami masih belum berjaya menaikkannya !
Itulah rutin sepanjang trip di sini dan tidak dilupakan fishing lodge tempat kami menginap yang sangat selesa dan sentiasa menghidangkan makanan laut segar yang enak-enak belaka ! — @ Pancing
Sesuai dengan gelarannya “ Ghost of the Flats ”, Bonefish sukar dilihat dengan mata kasar , anda perlukan ilmu dan pandangan mata yang amat tajam barulah boleh nampak ia di dalam air . Tips : Perhatikan bayang-bayang yang bergerak !

BONEFISH ( Albula glassodonta )

TERKENAL dengan gelaran “ Ghost of the Flats ” kerana ia sukar dilihat ( sight fishing ) lantaran warna badannya yang menyerupai pasir yang memutih . Ia juga digelar “ Speedy Gonzalez of the Flats ” kerana daya pecutannya yang luar biasa sebaik sahaja ia tahu mata kail sudah menikam di sudut mulutnya itu .
Ia boleh membesar hinga ke panjang 85 cm dengan berat dalam lingkungan 10 kg . Namun jika anda berjaya mendapatkan saiz bayabaya 5 kg sudahpun dianggap satu kejayaan besar di kawasan flats di mana-mana lokasi sekalipun di dunia ini .
Bonefish saiz kasar biasanya berlegar bersendirian dan ia akan berkumpulan jika saiznya kecil . Di Seychelles ikan ini saiznya besar dan ia menjadikan krustasea seperti ketam sebagai diet utamanya . Jadi amat penting untuk anda mengikat umpan mimik kepada makanannya .

INGIN DATANG KE SINI ?

Inginkan GT yang banyak silalah berkunjung ke Cosmoledo Atoll , dimana satu kumpulan 8 orang pemancing layang boleh mendapat lebih kurang 250 ekor GT dalam masa trip seminggu sahaja !
ADA BANYAK cara untuk sampai ke sini . Pertamanya , pilih dahulu lokasi yang anda inginkan seperti Maldives , Seychelles , Mauritius atau Alphonse Islands . Anda boleh sahaja pergi sendiri secara Do It Yourself ( DIY ), namun ia bukannya mudah kerana anda perlu banyak lakukan kajian sebelum pergi dan terserah kepada kesungguhan anda untuk menyelesaikan trip tanpa timbul apaapa masalah .
Jika ada budjet lebih , saya cadangkan gunakan pakej memancing yang boleh dikatakan ekonomi ( standard antarabangsa ). Mereka ada menyediakan tempat penginapan , set pancing layang bersesuaian bersama umpan layang yang sudah terbukti berkesan dan guide berpengalaman . Pertanyaan : www . getawayflyfishing . com
Paling seronok jika anda kena loteri , maka bolehlah mengunakan perkhidmatan high end kelas 5 bintang di Seychelles Alphonse Fishing Co ’ s Lodge . Di sini anda dapat memancing di Farquhar Atoll yang sememangnya terkenal dengan GT saiz monster dan Bumphead Parrotfish . Alphonse Island
juga ialah syurga tropika dengan populasi Bonefish dan Triggerfish yang sangat banyak , di samping ikan-ikan lain seperti Permit dan Milkfish .
Poivre Atoll terkenal dengan populasi ikan Permitnya . Astove Atoll pula dihuni bermacam spesies ikan yang sesuai untuk mereka yang mencari spesies untuk melengkapkan target Grand Slam
( himpunan tangkapan 4-6 spesies ikan berlainan dalam satu hari trip memancing ). Inginkan GT yang banyak silalah berkunjung ke Cosmoledo Atoll , dimana satu kumpulan 8 orang pemancing layang boleh mendapat lebih kurang 250 ekor GT dalam masa trip seminggu sahaja ! Pertanyaan : www . alphonsefishingco . com
08 | Jun 2021 | @ pancing