@Pancing January 2021 | Page 23

Kerapu terbesar trip dari Kor .
Jenahak terbesar trip berskala 5kg oleh Thomas . Seekor lagi ikan Merah hasil teknik ketuk-ketuk dasar oleh Jep .
SPESIES LAIN
Pada hari tersebut kerap juga kami menerima beberapa kali tangkapan berganda dari spesies Kerapu dan Jenahak . Teknik mengetuk dasar ini turut menghasilkan ikan dari spesies yang lain seperti Cobia , GT , Barracuda , Gerut-Gerut dan beberapa spesies penghuni dasar yang lain . Pengunaan ‘ assist hook ’ di atas dan bawah jig juga kerap membuahkan hasil tangkapan berganda terutama dari Kerapu .
Kami bertandang di sini selama dua hari dan pada hari kedua cuaca sangat tenang , tidak berangin dan permukaan laut seperti kaca . Mujur juga dalam keadaan yang panas berbahang , terdapat kehadiran arus di dasar yang membuatkan ikan masih aktif pada hari kedua itu . Penyeri trip ini adalah apabila tangkapan Jenahak dan Kerapu terbesar bersama tiga ekor ikan Merah berjaya didaratkan sebelum trip berakhir .
Menariknya tentang lubuk-lubuk di sekitar perairan Pulau Jarak ini ialah hampir kesemuanya masih berpenghuni . Ini menunjukkan perairan ini sangat produktif dan mampu menghasilkan ikan-ikan yang berkualiti . Jika berhasrat untuk melakukan aktiviti ‘ slow jigging ’, perairan Pulau Jarak wajib dilawati anda .
Matlamat kami ke sini untuk melakukan aktiviti ‘ slow jigging ’ dan menyasarkan ikan Jenahak dan Kerapu tercapai . Kejayaan trip ini banyak bergantung pada khidmat cemerlang tekong Thomas ! — @ Pancing
Pertanyaan Bot : THOMAS DARKWATER 012-326 1150 Homestay : ANGLERS LODGE 017-2007484
Syanid memperolehi tangkapan Jenahak mengunakan set ‘ light tackle ’.
@ pancing | Januari 2021 | 23