@Pancing January 2021 | Page 22

Perairan Pulak Jarak merupakan lokasi yang tidak asing lagi di kalangan pemancing-pemancing yang gemar memburu ikan dari spesies ‘ game fish ’. Namun ada masanya spesies seperti GT , Kerapu dan Jenahak sudi akan jig yang diketuk rapat ke dasar !

Perairan Pulak Jarak merupakan lokasi yang tidak asing lagi di kalangan pemancing-pemancing yang gemar memburu ikan dari spesies ‘ game fish ’. Namun ada masanya spesies seperti GT , Kerapu dan Jenahak sudi akan jig yang diketuk rapat ke dasar !

Ikan Merah yang membaham jig sotong Wenz yang saya gunakan .
Antara kelebihan mengunakan assist hook atas dan bawah jig . 2 ekor Kerapu pada satu jig !
Kerap juga kami menerima tangkapan berganda pada hari pertama trip . Teknik slow jigging mengetuk dasar sangat sinonim di perairan ini .

Trip kali ini kami bertujuh bersepakat

untuk slow jigging memburu ikan dasar seperti Kerapu dan Jenahak sebagai ikan sasaran . Bagi merealisasikan trip ini kami telah mendapatkan khidmat bot pilihan ramai iaitu Dark Water milik Thomas .
Sesi pancingan kami bermula di Perak Yatch Club , Lumut dimana bot Dark Water berpengkalan . Kebiasaannya perjalanan ke perairan Pulau Jarak menggunakan enjin berkembar 150hp mengambil masa satu setengah jam untuk tiba . Namun , cuaca agak berombak pada pagi hari pertama itu dan kami mengambil masa hampir 2 jam untuk tiba ke lokasi pertama .
SET-UP
Rata-rata set-up joran yang kami gunakan adalah joran PE1-3 berserta kekili dengan
Gerut-Gerut juga gemar menghentam kepingan jig yang dipersembahkan .
tali sulam antara PE2-3 dipadankan dengan perambut fluorocarbon berkekuatan 30-40lb . Kepingan besi slow jig yang menjadi pilihan pula antara 150-250g dari pelbagai jenama , warna dan bentuk .
Lokasi yang menjadi spot slow jigging kami adalah kawasan yang berlubang dan berkarang . Setibanya di lokasi pertama , Thomas tidak mengambil masa lama apabila beliau berjaya mendaratkan dua ekor Jenahak berturut-turut di lubang yang sama .
Tidak lama kemudian kami juga silih berganti mendapatkan tangkapan pada pagi itu . Boleh dikatakan hampir setiap tangkapan yang kami perolehi adalah Kerapu dan Jenahak .
KETUK DASAR
Dari bacaan eco-sounder , kedalaman di setiap lokasi yang diduga adalah sekitar 60-70m dan ada juga yang mencapai 100m . Salah satu cara
paling mudah untuk memperolehi tangkapan di perairan ini adalah dengan melakukan teknik mengetuk dasar . Teknik ini terbukti efektif di kawasan berlubang untuk memburu Jenahak dan Kerapu kerana kedua-dua spesies ini gemar berlegar rapat di dasar .
Terdapat 2 cara mudah melakukan teknik ini . Kepingan slow jig perlu dijatuhkan sehingga ke dasar . Sebaik sahaja di dasar , lakukan satu atau dua karauan penuh pada kekili sebelum melepaskan jig kembali ke dasar . Ulangi proses sehingga mendapat sentapan pada jig .
Satu lagi cara adalah dengan hanya mengangkat dan menurunkan joran seperti bermain ‘ yo-yo ’ tanpa melakukan karauan . Teknik ini mudah dilakukan , cuma anda kena pastikan jig mencecah dasar sebelum mengangkatnya kembali . Paling utama jig yang dikarau atau diangkat perlu sentiasa berada di sekitar radius satu ke tiga kaki dari paras dasar .
22 | Januari 2021 | @ pancing