@Pancing April 2021 | Page 3

Menarik di isu hadapan !

Bicara Editor ...

ASSALAMMUALAIKUM WRT .
Sempena bulan Ramadan yang menjelang tiba ini saya ingin bercerita perihal memasak . Hampir keseluruhan pemancing adalah golongan lelaki . Bagi orang lelaki , kerja masak-memasak di dapur sememangnya ‘ malas ’ nak dibuat . Biasanya pelbagai alasan akan diberikan apabila ada ‘ teriakan ’ untuk masuk ke dapur ni . Betul tak ?
Bagi saya sendiri , ianya memang melecehkan . Tahunya buka mulut , suap sahaja makanan dan kunyah perlahan-lahan . Sebelum berkerja dengan majalah memancing , saya memang tidak pandai dan tidak suka memasak , lebih-lebih lagi 12 tahun duduk di asrama penuh sekolah dan universiti , saya sememangnya tiada peluang langsung nak belajar memasak
Namun segala-galanya berubah apabila saya mula masuk berkerja dengan Majalah Rod & Line English 19 tahun dahulu . Kami ada 2 lagi majalah memancing yang lain iaitu Rod & Line Chinese dan Pancing . Semua staff baik Editor mahupun reporter boleh dan pandai memasak , kecuali saya !
Amat memalukan apabila pertama kali saya mengikut mereka untuk tugasan memancing yang memerlukan aktiviti camping , diaorang boleh memasak best-best walaupun serba kekurangan bahan masakan terutamanya ex-Editor Pancing bro Ammar Abdul Rahman !
Jadi , secara perlahan-lahan saya terpaksalah belajar memasak dari basic hinggalah ke masakan-masakan yang lain . Paling penting ilmu memasak ini berguna selain untuk diri sendiri dan keluarga , ia juga boleh dimanfaatkan ketika saat-saat getir dan memerlukan ( survival ).
Apabila berkawin , isteri yang anak bongsu dalam keluarganya juga tidak mahir memasak . Nasib baik saya dah pandai sedikit , dan kami bersama-sama belajar pelbagai resepi dari traditional hinggalah ke moden dan fusion . Kadang kala kami camping sekeluarga dan memasak stail outdoor .
Aktiviti memasak di luar ( outdoor ) ini sebenarnya amat menyeronokkan kerana ia dipenuhi dengan pelbagai aksi-aksi yang menghiburkan , tambahan pula semua ahli trip sudah kepenatan dan kesejukan seharian memancing dan sebagainya . Paling penting semua masakan perlu menjadi dan dihidang tepat pada masanya , kalau tidak pasti harubiru , semua orang akan mengamuk kelaparan .
Keseronokan kedua pula ialah proses membeli dan menguji alatan memasak itu
sendiri . Bermula dari belajar mengumpul kayu api , menghidupkan api , mengawal haba api unggun untuk memasak sehinggalah ke penggunaan peralatan seperti periuk , kuali , cerek , pelbagai jenis dapur ( stove ), pisau , parang dan bahan-bahan masakan yang lainnya . Selain itu makan masakan dari ikan yang segar baru dipancing itu sendiri ialah satu nikmat yang tiada siapa dapat mengalaminya selain pemancing itu sendiri !
Saya juga sudah lama tidak camping dan memasak - rindu . Pasti apabila keadaan sudah pulih dari Pandemik Covid-19 nanti aktiviti ini boleh diteruskan semula .
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa ! Editor ,
Faiz Karim
“ Aktiviti memasak di luar ( outdoor ) ini sebenarnya amat menyeronokkan kerana ia dipenuhi dengan pelbagai aksi-aksi yang menghiburkan , tambahan pula semua ahli trip sudah kepenatan dan kesejukan seharian memancing dan sebagainya . Paling penting semua masakan perlu menjadi dan dihidang tepat pada masanya , kalau tidak pasti haru-biru , semua orang akan mengamuk kelaparan . Keseronokan kedua pula ialah proses membeli dan menguji alatan memasak itu sendiri . Bermula dari belajar mengumpul kayu api , menghidupkan api , mengawal haba api unggun untuk memasak sehinggalah ke penggunaan peralatan seperti periuk , kuali , cerek , pelbagai jenis dapur ( stove ), pisau , parang dan bahan-bahan masakan yang lainnya . Selain itu makan masakan dari ikan yang segar baru dipancing itu sendiri ialah satu nikmat yang tiada siapa dapat mengalaminya selain pemancing itu sendiri !”
Menarik di isu hadapan !
Tips Pancingan Muara Ketika Monsun

Editorial

EL Law | Group Managing Director cum Founder ellaw @ revonmedia . com Kay Mathy | Penerbit kaymathy @ revonmedia . com Law Beng Chee | CEO / EIC bclaw @ revonmedia . com
| Platform Dunia Pancingan Anda |
Faiz Karim | Editor faizkarim @ revonmedia . com A . Azam | Pengarah Kreatif a . azam @ revonmedia . com Yeoh Kok Tat | Wakil Pengiklanan Bhg . Utara | yeohkoktat @ gmail . com A . Sabri Harun | Wakil Pengiklanan fishworkssolution @ gmail . com Mohd Hazrul Rabu | Media Specialist mohdhazrulrabu1976 @ gmail . com
Diterbitkan oleh : Revon Media Sdn Bhd Revongen Corporation Centre Level 17 , Top Glove Tower , No . 16 , Persiaran Setia Dagang , Setia Alam , Seksyen U13 , 40170 Shah Alam , Selangor Darul Ehsan , Malaysia . Tel : + 6 03 3359 1166 Fax : + 6 03 3358 0303
Udang Galah Pekan
Publishing Permit No : PP19522 / 10 / 2019 ( 035129 )
Dicetak oleh : Percetakan Osacar Sdn . Bhd . No . 16 , Jalan IDA 1A , Industri Desa Aman , Kepong , 52200 Kuala Lumpur , Malaysia . Tel : + 603-6279 9474 / + 603-6263 1856 Fax : + 603-6280 6802
@ pancing | April 2021 | 03