@Pancing April 2021 | Page 23

“ Pancingan dasar ialah teknik utama di sini dan joran perlu bersedia di tangan kerana selepas melabuhkan umpan ikan tidak mengambil masa yang lama untuk merembatnya .”

@ Sukan Memancing

AHMAD SABRI HARUN | damarwulander @ yahoo . com

Persatuan Pemancing SeMalaysia selepas melabuhkan umpan ikan tidak mengambil masa yang lama untuk merembatnya .

SET-UP POPPING
Hari menjelang malam , maka bermulalah acara kami setelah 3 sahabat kami sampai dari Sabak Bernam . Walaupun agak ‘ overkill ’, kami tetap menurunkan set pancing ampuh iaitu 2 set popping , kekili saiz 14000XG dan 10000 SW dipadankan joran berkekuatan PE 6-8 .
Mainline pula berkekuatan 80-100lb dan leader 80-100lb dengan teknik pelampung serta mata kail saiz 6 / 0 yang dicangkukkan umpan usus ayam dan pellet .
Menggunakan set yang ‘ kuat ’ barulah dapat perlawanan yang setimpal dengan kekuatan ikan saiz mega . Perlawanan dapat disegerakan tanpa membuatkan ikan dan pemancing lelah kepenatan .
PERSEDIAAN
Persediaan kuda-kuda menundukkan Patin Mekong yang mengasak .
“ Pancingan dasar ialah teknik utama di sini dan joran perlu bersedia di tangan kerana selepas melabuhkan umpan ikan tidak mengambil masa yang lama untuk merembatnya .”
Bagi mereka yang berminat menduga kolam di sini , dinasihatkan perlu bersedia lebih awal dari segi mental , fizikal dan peralatan bagi mengelak berputih mata kerana untuk mendaratkan ikan di sini bukan mudah seperti disangka .
Kami juga terkena kerana beberapa kali terlepas dan lucut sama ada mata kail terkangkang dan rabut , serta putus mainline dan leader .
Kami difahamkan ada saiz Mekong yang mencecah 80kg ke atas menghuni kolam ini . Kiranya anda berjaya menaikkan maka tahniah diucapkan ! — @ Pancing
Rakan dari selatan tanahair sanggup datang dari jauh untuk bersama-sama memancing di kolam ini .
Pancingan di waktu malam lebih berkesan kerana ikan aktif malam di kolam ini .
Puas apabila setiap seorang dapat merasa tarikan Patin Mekong di kolam ini .
Pertanyaan Kolam : 011-3322 1898

Melalui tempoh satu tahun tanpa dapat melaksanakan apa-apa program merupakan satu kekalahan awal PPsM dalam era Covid-19 yang sedang dan masih merajai negara . Namun itu semua bukan satu alasan untuk tidak bangun dari lena panjang .

Persatuan Pemancing SeMalaysia ( PPsM ) telah ditubuhkan pada 11 Mac 2020 dalam kekalutan awal Covid-19 melanda negara . Dengan berharapan agar dapat merubah banyak senario Perikanan Rekreasi di Malaysia , antara misi dan visi PPsM adalah membantu Jabatan Perikanan Malaysia dalam melaksanakan usaha-usaha Pendidikan , Pemuliharaan dan Pemeliharaan sumber perikanan dan Penjagaan padang pancing tempatan .
Selain dari usaha-usaha tersebut , PPsM sedang dalam usaha mempromosikan gaya hidup sihat , perwatakan positif serta mampu menjauhkan diri dari gejala-gejala sosial yang mencemarkan kehidupan seorang insan melalui aktiviti rekreasi memancing ini . Ini merupakan tanggungjawap sosial yang sering dipaparkan oleh PPsM dan para ahlinya melalui pelbagai aktiviti persendirian dan aktiviti peringkat kelab , daerah dan negeri .
Menyelusuri perjalanan panjang lebih dari 50 tahun aktiviti perikanan rekreasi ini di Malaysia , sudah hampir masanya semua disusun atur semula mengikut spesifikasi secara profesional dan bertanggungjawap . Dengan pelancaran apps E-Rekreasi yang bertujuan bagi mengumpul data pemancing seluruh negara oleh Jabatan Perikanan Malaysia . Ini menambahkan lagi kekuatan untuk melaksanakan pelan jangka panjang bagi kebaikan semua pemancing . PPsM sentiasa menyokong usaha-usaha dari Jabatan Perikanan Malaysia dan akan terus membantu bagi melancarkan perubahan iklim dan senario dunia pemancing di Malaysia .
Selain dari kelas-kelas pembangunan , kursus-kursus , seminar , pertandingan dan pelbagai platfom perkongsian ilmu memancing , PPsM akan terus mewujudkan lagi usaha-usaha konservasi dan pemuliharaan spesis tempatan untuk kelestarian populasi ikan-ikan Malaysia melalui pelbagai usahasama dengan NGO , persatuan-persatuan memancing negeri dan pelbagai sektor swasta yang lain .
Kesemua ini bukanlah satu usaha yang mudah untuk dilaksanakan tanpa bantuan anda semua wahai PEMANCING di luar sana !
Semoga perjalanan PPsM dipermudahkanNya . Doakan kami … — @ Pancing
FB : Persatuan Pemancing SeMalaysia - PPsM
@ pancing | April 2021 | 23