@Pancing April 2021 | Page 22

Natural Exotic Fishing Pond Behrang

@ Kolam Bayar

ZAHIRUL ANAM MD . MUDAZIR | jongvisual @ gmail . com

Melayan Monster

Natural Exotic Fishing Pond Behrang
Amazon Redtail Catfish yang menjadi penghuni tetap di kolam ini .

Memancing di kolam bayar dianggap picisan bagi segelintir pemancing . Namun ia berlainan untuk kolam ini yang menyajikan ikan bersaiz kasar yang memerlukan peralatan ampuh untuk menaikkannya !

Lokasi pilihan ialah Natural Exotic Fishing Pond di Behrang , Perak . Kami bertujuh berkumpul pada waktu petang dan memancing hingga ke malam disusuli rakan-rakan dari Sabak Bernam yang sampai kemudian setelah selesai urusan kerja di siang hari .

PANCINGAN MALAM
Kami ingin menguji asakan ikan perkasa Baung Ekor Merah , Patin Chao Phraya , Patin Mekong dan Amazon Redtail . Namun , Mekong dan Chaopraya ialah spesies target yang memang kami rindui akan lariannya sepadan dengan set kasar yang kami gunakan .
Cuaca pada petang tersebut sangat cantik tidak hujan dan tidaklah terlalu panas . Pasti dengan cuaca sebegini menjadikan aktiviti lebih selesa . Kolam ini juga menyediakan kemudahan yang lengkap dan berbumbung . Tempat yang bersih , luas dan selesa untuk memancing sama ada bersama rakan-rakan mahupun keluarga .
LIGHT SET-UP
Selain set pancing yang kasar , saya juga membawa set pancing yang sedikit ringan . ianya
Ikan terakhir kami sebelum pulang .
lebih mencabar . Ikan harus dilayan dengan berhati-hati dan drag tidak perlu dikunci habis . Sekadar ‘ manis-manis buah ’ untuk lebih teruja mendengar jeritan drag melayan spesies ‘ pembuli ’ di dalam kolam ini .
Joran berkekuatan 20lb bersama kekili saiz 2500 diisi tali utama 20lb dan perambut 40lb bukan penghalang untuk menaikkan ikanikan di sini , cuma perlawanan menjadi agak lama sedikit .
Pancingan dasar ialah teknik utama di sini dan joran perlu bersedia di tangan kerana
22 | April 2021 | @ pancing