@Pancing April 2021 | Page 20

Zon Pancing Layang Kampung Betong

Mohd . Nor Salam Zawawi yang menerajui Kelab Betong Fly Fishing membawa Sikang ke mata dunia !

Hubungan baik Terengganu Fly Fishing Club ( TFFC ) dengan komuniti Kampung Betong bermula apabila TFFC membuat acara pertama pada tahun 2017 . Bertolak dari acara kedua pada tahun 2018 dan ketiga 2020 ( peringkat antarabangsa ) menimbulkan idea untuk mewujudkan kawasan rekreasi berkonsep ultralight game fishing di tempat ini . Oleh kerana ahli kelab semuanya pemancing layang , maka idea tersebut terus diajukan kepada Ketua Pemuda pada masa itu Che Ramli Ngah .

Yuran dikutip untuk tabung Kelab Sikang Kampung Betong dan mendapat sambutan yang amat baik dari pemancing layang yang berkunjung . Yuran RM5.00 satu hari trip memancing tersebut digunakan komuniti untuk memajukan kampung ini . Satu-satunya kampung di Semenanjung yang mengamalkan konsep ‘ tangkap dan lepas ’ di sungainya !
Usaha dari ahli kelab , Christopher John
Mcllravy membawa pelancung luar negara juga menjana lagi pendapatan penduduk setempat dengan adanya kemudahan restoran , chalet dan sebagainya .
Pada tahun 2020 , Wakil Rakyat Dun Ajil , YB . Dato ’ Rosol Bin Wahid telah membuat papan tanda khas untuk Pancing Layang Sikang Kampung Betong . Beliau juga telah berjanji untuk menyediakan kemudahan-kemudahan lain jika komuniti terus menyokong program ini .
Program ini juga telah mendapat sokongan dari Pure Fishing Malaysia , Tacklebox Adventures , Perak Fly Fishing Syndicate , Terengganu Fly Fishing Outfitter , Fly Tie Cast dan sebagainya . FELCRA Hulu Berang turut memberi sumbangan seperti kemudahan dewan secara percuma apabila ada acara dilaksanakan
Penubuhan Kelab Betong Fly Fishing diterajui oleh Mohd . Nor Salam Zawawi adalah satu langkah terbaik dilaksanakan oleh TFFC sebagai usaha menjaga populasi ikan Sikang di sini . Kelab ini bertanggungjawab memantau aktiviti penangkapan ikan secara haram seperti karan , memukat dan meracun .
Zon Merah telah diwujudkan sebagai langkah awal membendung penuaian ikan Sikang dan spesies ikan-ikan lain secara tidak terkawal . Kesannya sekarang , populasi ikan Sikang terpelihara dan saiz mega sentiasa dapat dipancing secara konsistan !
Sikang menjadi idaman pemancing layang negara .
Puas apabila dapat menjejak ( sight cast ) dan menggoda Sikang saiz sebegini dengan umpan layang .
Joran digunakan untuk mengukur panjang ikan , balik rumah baru ukur dengan pita .
Sikang boleh sahaja digoda dengan umpan layang berbentuk anak ikan ( baitfish ) seperti Clouser atau micro popper . Namun bagi saya , menggunakan dry fly ada keasyikkannya yang tersendiri .
WAKTU MEMANCING
Bulan paling sesuai mencari Sikang antara Februari hingga Oktober dan masa ideal memancing ialah di awal pagi dan lewat petang ketika cuaca cantik . Namun , ia bergantung juga pada keadaan cuaca , jika hari mendung dan tidak berangin , Sikang masih boleh dicari dengan mudah di waktu tengahari .
Ini kerana sinar matahari dan keadaan permukaan air yang tenang tidak berolak dek angin amat penting untuk menjejak kedudukan ikan . Jika cuaca mendung dan hujan serta permukaan air berolak , maka pencarian ikan menjadi amat sukar , walaupun ia sebenarnya ada sahaja di lokasi yang sama .
LOKASI WAJIB
Jika berkunjung ke Terengganu ada dua lokasi tumpuan untuk pemancing layang . Pertama Sungai Berang di Kampung Betong . Di sana hampir lengkap dengan kemudahan seperti homestay dan tapak perkhemahan . Pemandu pancing yang berpengalaman juga ada dalam pakej memancing yang diusahakan oleh anak tempatan iaitu Mohd . Nor Salam Zawawi dan Che Ramli Ngah dan juga dibantu oleh rakan luar negara , Christopher John Mcllravy yang sama-sama membantu penduduk kampung dalam konservasi dan penjagaan populasi ikan Sikang .
Lokasi kedua pula di Sungai Tersat , satu destinasi yang terkenal iaitu Hutan Lipur Sekayu . Anda boleh menginap dimana-mana chalet di hutan lipur ini dan memancing di mana-mana bahagian sungainya . — @ Pancing
Suasana pancingan di Sungai Kampung Betong .
Pertanyaan : HISYAM + 60 16-628 8675
20 | April 2021 | @ pancing