@Pancing April 2021 | Page 19

Tangguk kecil disarankan supaya dapat mengurangkan risiko kecederaan pada ikan dan penggunaan lip grip ditegah sama sekali . Tangkap gambar dengan pantas dan lepaskan semula , itulah yang terbaik !
Ikan Sikang yang matang amat cantik sekali , dengan warna yang menyerlah !

INFO SPESIES

Memancing Raiamas guttatus , Malayan Hill Trout , Burmesse Trout , Sikang , ikan Golok atau apa sahaja gelaran yang diberi kepada ikan ini dengan pancing layang sentiasa membuatkan saya teruja .

Tambahan pula di tempat saya sendiri mempunyai sistem sungai yang masih terpelihara dari anasir-anasir yang biasa dilihat kebelakangan ini , seperti pembalakan tidak terkawal , pengambilan pasir tidak sistematik , pencemaran akibat sikap manusia itu sendiri dan sebagainya .
Hulu Terengganu dan Hulu Dungun terbukti masih mempunyai spesies ikan yang boleh dikatakan menjadi idaman ramai pemancing layang pada masa kini .
SIGHT CAST
Spesies perayau sungai pergunungan berdasar berpasir halus dan berbatuan licin dan amat mesra pemancing . Saya kerap kali menaikkan ikan ini dari jarak 3 ke 4 meter sahaja dengan syarat ikan ini tidak terganggu . Pendekatan ‘ sight cast ’ amat berkesan untuk mengesan dan memujuknya .
Sight cast bermaksud anda perlu mencari kedudukan ikan yang dikehendaki , jika anda bersama-sama saya , biasanya saya akan memilih ikan Sikang mana yang perlu ditarget di lokasinya . Ini tidak mustahil kerana anda dapat melihat dengan jelas kedudukan ikan di sungai pergunungan berair cetek yang menjadi habitat ikan ini !
Biasanya pemilihan ikan mengikut saiz yang sedap dilayan anggaran 12 hingga 14 inci dan rekod yang pernah dinaikkan oleh rakan dari luar Terengganu dalam anggaran 15 inci yang belum lagi dipecahkan oleh mana-mana pemancing setakat ini .
POLARIZED
Kacamata polarized , 80 % membantu anda mengesan kedudukan ikan di dalam air . Aksesori lain yang perlu ketika memburu Sikang ialah topi , pakaian quick dry dan kasut yang bersesuaian kerana kebanyakan masa anda akan meranduk air di tengah sungai tanpa lindungan dari terik matahari .
Selain itu , beg galas atau fishing vest juga perlu untuk menyimpan barangan seperti kotak fly , air dan lain-lain lagi , dan segalagalanya perlu mudah dicapai dengan tangan .
JORAN
Joran layang pula bergantung kepada gaya pancingan anda , ada yang menggunakan wt . 2 , 3 , 5 dari joran layang biasa ataupun jenis Spey . Jenis batang joran pula juga sama , ada yang minat grafit , fiber glass atau buluh .
Saya sendiri menggunakan joran fiber glass wt . 3 hingga 4 , kerana sudah cukup untuk Sikang . Paling penting ialah keseronokan
Nama Saintifik : Raiamas guttatus ( Day , 1869 ). Nama Tempatan : Sikang . Nama Inggeris : Malayan Hill Trout , Burmese Trout .
Morfologi : Badan berwarna perak dan kekuningan ( keemasan ) dengan tompok hitam pelbagai saiz di sepanjang badan . Sisik nipis dan halus . Mempunyai sepasang sesungut maksila . Terdapat jalur hitam pada cuping bawah sirip kaudal ( ekor ). Bukaan mulut sangat luas . Ekor berwarna oren dengan jalur ( outline ) hitam .
Saiz Maksimum : 30 cm panjang Diet : Serangga dan ikan kecil
Taburan : India , Lembangan Salween dan Irrawady di Myanmar , Lembangan Mekong di Thailand , Sumatera , dan di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia . Habitat ikan ini biasanya di kawasan pertengahan sungai pergunungan yang cetek mengalir perlahan dengan dasarnya berpasir dan berbatu kerikil halus . Ia tidak berada di kawasan lubuk dalam atau kawasan bereba kerana tingkah laku spesies ini yang memerlukan dasar berpasir dan berbatu halus sebagai tempat penyamarannya daripada dikesan mangsanya . Ini satu kaedah penyamaran yang menyerupai ikan Bebolos dan Bonefish di kawasan pantai .
Sikang banyak ditemui di negeri Terengganu khususnya di Dungun , Kuala Berang dan Sekayu . Di Kelantan khususnya di Jeli dan Gua Musang . Kedah di sebelah Sik . Pahang di Bentong , Raub , Jerantut dan Kuala Lipis . Manakala Negeri Sembilan di daerah Jelebu sahaja . Di negeri lain seperti Johor dan Perak ada dilaporkan pemancing melepaskan spesies ini di habitat baru dan ia berjaya membiak dengan baik . Syabas !
Oleh sebab Sikang gemar hidup di sungai yang bersih dan jernih seperti Kelah , maka spesies ini semakin sukar ditemui lantaran kebanyakan sungai di bahagian zon pertengahan seringkali keruh atas pelbagai faktor seperti pembangunan dan pembukaan hutan ( pembalakan ). Konservasi terhadap spesies ikan asli kita ini sangatlah kritikal buat masa kini !
melayang seharian bergantung juga kepada alatan yang digunakan .
DRY FLY
Dry fly ialah umpan layang yang amat sinonim dengan Sikang . Hanya pemancing layang sahaja akan faham akan keterujaannya , ia seolah meniru serangga yang jatuh ke permukaan air . Apabila layangan lembut dry fly jatuh di permukaan air jernih yang berarus perlahan dibiarkan hanyut dan “ blurppp ” bunyi ia ditangkap Sikang boleh membuatkan adrenalin anda terus memuncak .
@ pancing | April 2021 | 19