@Pancing April 2021 | Page 12

“ Paling mencabar dalam teknik dasar bagi menjerat Jenahak ini adalah umpan . Ini kerana dalam kebanyakan tempat dan masa , Jenahak hanya sukakan umpan hidup dan segar sahaja . Oleh itu adalah penting untuk mendapatkan bekalan umpan tersebut .”
“ Paling mencabar dalam teknik dasar bagi menjerat Jenahak ini adalah umpan . Ini kerana dalam kebanyakan tempat dan masa , Jenahak hanya sukakan umpan hidup dan segar sahaja . Oleh itu adalah penting untuk mendapatkan bekalan umpan tersebut .”
Umpan kaki sotong Kurita juga menjadi .
Saiz cantik Jenahak . Saya bersama Bantal Emas yang sentiasa diidamkan dalam setiap trip .
Oleh itu adalah penting untuk mendapatkan bekalan umpan tersebut .
Umpan seperti udang Lipan dan sotong Kurita boleh dikatakan khusus untuk Jenahak . Buat masa ini , terdapat beberapa penjual umpan tersebut . Tempahan perlu dilakukan awal . Itupun tiada jaminan ianya pasti ada kerana si penjual perlu mencarinya terlebih dahulu dan ianya turut berkait dengan faktor cuaca dan pasang surut laut .
Menangguk sotong ketika trip atau mencandat adalah salah satu aktiviti yang mesti dilakukan ketika trip pancingan dasar . Ini juga belum tentu , tetapi sekiranya berjaya , potensi mendapatkan Jenahak adalah lebih tinggi .
Hanya sekali sahaja dalam pengalaman saya menggunakan hirisan Kembung segar untuk Jenahak iaitu di satu spot ketika berada di perairan Jarak . Tekong memberitahu bahawa hanya lokasi tersebut sahaja hirisan Kembung segar ' menjadi !'
SET PANCING DASAR
Teknik dasar juga memerlukan persediaan set pancing yang lengkap . Kekili elektrik ( Bangla ) digalakkan , memandangkan anda perlu berhadapan dengan arus , kedalaman serta inginkan kepantasan ketika karauan .
Perambut sepanjang 2 ke 3 depa dengan kekuatan dari 60 ke 80lb adalah kelaziman bagi mencari si Bantal Emas ini . Ada juga yang menggunakan perambut 100lb . Ianya terpulang kepada pilihan hati masing-masing .
Mata kail bersaiz 5 / 0 dan 6 / 0 adalah yang terbaik . Saya pula amat suka menggunakan mata kail rawai yang digunakan oleh nelayan tempatan . Saya belajar tentang ini ketika turun memancing di Perak kira-kira 7 tahun yang lepas . Menggunakan tanduk adalah perlu kerana untuk mengelakkan perambut berpintal disebabkan kepanjangannnya , di samping umpan hidup lebih cantik untuk ' dipersembahkan ' kepada ikan .
Pancingan dasar pula boleh dilakukan dengan bersauh mahu pun berhanyut .
Bot yang selesa di Pulau Indah .
Bantal Emas PD yang kena dengan jig .
Berhanyut atau dikenali sebagai “ menotok ” popular di sekitar Paloh Pelabuhan Klang . Ianya sama juga dengan teknik berhanyut ketika jigging .
Cuma faktor keselamatan perlulah diambil kira , kerana ianya laluan kapal dan lebih sesuai ketika siang hari ( mudah melihat kapal ). Jika bersauh yang mana biasanya trip semalaman , anda perlu berlabuh betul-betul pada spot , kerana jika tidak tepat , mungkin agak sukar untuk mendapatkan ikan idaman tersebut . Bot mestilah dialihkan semula agar ianya betul-betul di spot sama ada lubang , tukun atau kawasan karang .
JIGGING
Untuk jigging , semuanya telah tersedia dari segi warna , saiz serta corak yang dijangka efektif dan hanya perlu dibeli sahaja di manamana kedai yang ada . Saiz jig kebiasaannya adalah dari 170 hinggalah ke 250g dan perlu mempunyai warna-warna yang terang seperti merah jambu , hijau mahu pun biru yang mempunyai belak keperakan yang berkilat .
Akhir sekali , kesabaran dan faktor cuaca amat penting sekali . Ikan tidak akan makan pada setiap masa . Hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja ianya aktif dan anda perlulah tahu akan perkara ini . Perlu bertanya dan membaca untuk memahaminya . Cuaca pula bergantung kepada kuasa alam dan kita hanya mampu berserah kepadaNya agar segalanya menjadi seperti yang dirancang . Selebihnya bergantung pada rezeki usaha kita . Selamat mencuba ! — @ Pancing
Pertanyaan Tekong : Bagan Lalang : ROCKBIE 019-252 6009 Tanjung Karang : WAWIK 013-397 6087 Port Klang : ZAMBRI 017-330 5215 / ABUL 018-365 5488
12 | April 2021 | @ pancing