@Pancing April 2021 | Page 11

Perairan Selat Melaka terutamanya sekitar Pelabuhan Klang , Kuala Selangor , Bagan Lalang , Port Dickson , Melaka , Pulau Sembilan dan Pulau Jarak - Jenahak atau lebih glamer digelar “ Bantal Emas ” ialah ikan idaman yang sentiasa dicari pada tiap trip !

Perairan Selat Melaka terutamanya sekitar Pelabuhan Klang , Kuala Selangor , Bagan Lalang , Port Dickson , Melaka , Pulau Sembilan dan Pulau Jarak - Jenahak atau lebih glamer digelar “ Bantal Emas ” ialah ikan idaman yang sentiasa dicari pada tiap trip !

Jenahak Paloh tumpas dengan umpan udang Lipan .
Hasil jigging di Tanjung Karang .
Jenahak dengan teknik ‘ menotok ’ di Paloh .

UNTUK memancingnya pula tidaklah begitu susah , namun bukan juga bermakna ianya senang dipancing . Kebanyakan tekong-tekong bot tahu lubanglubangnya , cuma rezeki nasib serta faktor-faktor lain juga mempengaruhi .

FAKTOR ARUS
Saya bukanlah seorang yang kerap memancing Jenahak semata-mata , tetapi berdasarkan pengalaman yang dilalui , kebanyakan tekong sukakan arus air yang sedang menyorong besar berbanding air mati mahu pun air sedang menyorong kecil . Ini adalah bagi
teknik dasar dan juga slow jig . Waktu arus laju atau air besar pula , jigging tidak digalakkan memandangkan jig mungkin akan gagal untuk mengetuk dasar secara konsisten .
Walau bagaimanapun pengalaman ketika trip pancingan dasar di Port Dickson berlainan pula . Tekong di sana hanya menekankan bahawa air mati adalah paling sesuai untuk memburu Bantal Emas ini dan kerap kali juga saya dan rakan-rakan berjaya mendaratkan ikan idaman tersebut . Setakat ini , hanya di PD sahaja saya turun memancing ketika air seperti yang dinyatakan tadi .
Memancing di perairan Pulau Jarak dan Pulau Sembilan pula , kebanyakan masa trip
Jenahak dengan jig sangat mengujakan !
tertumpu ke arah air menghampiri pasang besar atau laju sedikit . Tekong di sana berminat turun ketika air berarus dan dikatakan itulah “ air Jenahak ”. Tiap trip juga berhasil dengan tangkapan .
Oleh itu , pegangan saya ialah kita perlu memilih berdasarkan faktor sesuatu kawasan tersebut dan tiada spesifik arus yang mesti ' dipatuhi '!
UMPAN PANCING DASAR
Paling mencabar dalam teknik dasar bagi menjerat Jenahak ini adalah umpan . Ini kerana dalam kebanyakan tempat dan masa , Jenahak hanya sukakan umpan hidup dan segar sahaja .
@ pancing | April 2021 | 11