nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 63
Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4
Wahyu diturunkan kepada Rasulullah SAW mempunyai beberapa keistimewaan ,
antaranya :
1. Wahyu al-Quran mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan
2. Wahyu al-Quran merupakan rahmat kepada orang yang beriman sebagai pegangan
hidup
3. Wahyu al-Quran tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kitab lain
4. Wahyu al-Quran terjamin daripada sebarang perubahan atau pemalsuan sehingga ke
hari kiamat
5. Wahyu al-Quran menjawab segala permasalahan manusia
Wahyu ( al-Quran) yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW telah dihimpun dan
disusun menjadi kitab suci al-Quran yang mengandungi 6336 ayat, 114 surah dan 30
juzuk. Ada pendapat lain yang mengatakan al-Quran mengandungi 6219 ayat, 6236 ayat
dan 6666 ayat.
Wahyu ( al-Quran) diturunkan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh 23 tahun.
•
•
•
•
•
•
•
•
•
•
Memimpin manusia ke jalan yang benar.
Membimbing manusia bagi memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di
akhirat.
Menyuruh manusia melaksanakan syariat Allah SWT
Mendidik manusia kepada akhlak yang mulia.
Panduan manusia untuk melaksanakan perintah Allah SWT
Menceritakan perkara-perkara ghaib seperti neraka, syurga, pahala, dosa dan lainlain.
Mengamalkan segala ajaran wahyu dalam kehidupan
Meninggalkan segala larangan wahyu.
Mendalami dan mengkaji kebenaran wahyu.
Menjaga kesucian wahyu
Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria
62