nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 62

Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 PELAJARAN 6 UNIT 1 & 2 WAHYU Dari segi bahasa : Nasihat dan bimbingan daripada Allah SWT Mengikut Istilah syarak : ilham / perintah/ kalam Allah SWT yang diturunkan kepada para nabi dan rasul melalui perantaraan Malaikat Jibril atau secara langsung daripada Allah SWT Ciri-Ciri Wahyu : • • • • • • • Datangnya daripada Allah SWT Hanya diturunkan kepada nabi dan rasul sahaja Disampaikan samada melalui mimpi yang benar, di sebalik tabir atau melalui perantaraan Malaikat Jibril Kandungannya merupakan ajaran yang benar dan sesuai diamalkan di sepanjang zaman. Terpelihara kandungan dan kesuciannya sehingga ke hari kiamat. Telah terhenti penurunannya selepas kewafatan nabi Muhammad Kebenarannya adalah mutlak Wahyu diturunkan kepada Rasulullah SAW dengan beberapa cara, antaranya : • • • • Rasulullah SAW mendengar seperti bunyi loceng yang kuat lalu baginda tidak menyedari apa yang berlaku disekelilingnya, tetapi dapat mengingati apa yang disampaikan kepada nya. Malaikat Jibril datang dengan menyerupai manusia lalu mengajar Rasulullah SAW tentang rukun Iman, Islam dan Ihsan di hadapan para sahabat. Allah SWT berkata-kata dengan Rasulullah SAW dengan bahasa yang difahami oleh baginda, seperti dalam peristiwa israk dan mikraj. Wahyu disampaikan samada melalui mimpi yang benar, di sebalik tabir atau melalui perantaraan Malaikat Jibril Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria 61