nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 167

Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 1. Bersifat Rabani. Ini kerana sistem kehakiman Islam bersumberkan wahyu Allah SWT dan hadis Rasulullah SAW dalam menentukan sebarang keputusan dan hukuman yang akan dijatuhkan keatas pesalah. 2. Menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman Keadilan merupakan prinsip utama dalam sistem kehakiman Islam. Penghapusan kezaliman dan penganiayaan adalah kunci utama dalam menjamin kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat 3. Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan. Menyeru kepada kebaikan dengan cara melaksanakan hukuman yang bersifat pencegahan dan pengajaran kepada manusia, dengan terlaksananya kebaikan sekali gus kejahatan dapat dihindarkan 4. Mengamalkan akhlak yang mulia serta menjaga hubungan yang baik sesama manusia dan mahkluk Allah SWT yang lain. Akhlak mulia dapat diamalkan dengan terlaksananya peraturan dan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah SWT 1. Hakim tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak samada pendakwa atau tertuduh 2. Hakim hendaklah jujur dan amanah dalam menjalankan tugasnya. 3. Hakim tidak boleh menghakimi mana-mana orang yang beliau mempunyai kepentingan. 4. Sebarang kesalahan tidak boleh disabitkan jika terdapat keraguan. 5. Hakim mestilah mengikuti peraturan keterangan yang telah ditetapkan iaitu, i. Mendapatkan pengakuan yang bebas dan penuh kerelaan daripada tertuduh ii. Para saksi dalam pembicaraan mestilah adil dan menepati syarat-syarat kesaksian yang telah ditetapkan. iii. Kes yang dibicarakan mestilah dibu ktikan melalui bukti-bukti yang nyata serta boleh diterima oleh semua pihak. Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria 166