nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 166

Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 PELAJARAN 16 SISTEM KEHAKIMAN ISLAM Kehakiman disebut dalam istilah syarak sebagai al-Qadha. Menurut bahasa Qadha bererti putus, selesai, menunaikan, membayar, mencegah atau menghalang. Dari segi Istilah pula Qadha bermaksud suatu keputusan daripada pemerintah/ badan kehakiman dalam sesuatu perbicaraan dimahkamah atau menyampaikan hukum syarak secara penetapan. Sistem kehakiman merupakan satu unsur penting dalam syariat Islam. Syariat Islam / perundangan Islam mengariskan peraturan hidup individu dan masyarakat yang mencakupi semua bidang kehidupan manusia seperti keagamaan, sosial, akhlak, ekonomi, politik, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Menegakkan keadilan. Sistem kehakiman ditegakkan untuk memutuskan sesuatu hukuman secara adil dan saksama. Keadilan dalam sistem kehakiman Islam adalah bersifat menyeluruh tanpa mengira batas kedudukan dan taraf seseorang. Membela orang yang dizalimi. Orang yang lemah dan dizalimi perlu dibela oleh pemerintah dan orang yang berkuasa. Dengan wujudnya sistem kehakiman golongan yang lemah akan mendapat pembelaan yang sewajarnya. Menentang kezaliman. Islam menentang sebarang bentuk kezaliman, kerana perbuatan zalim boleh merosakkan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria 165