nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 145

Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 Thabat bermaksud bahawa ajaran Islam dalam keadan tertentu adalah bersifat tetap, teguh dan tidak mengalami perubahan. Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat di pinda dan di ubah serta bersifat tetap. Perkaraperkara tersebut telah dinyatakan oleh Allah SWT secara tetap atau qat’ie. Perkara tersebut tidak boleh di ubah samada dasar, prinsip dan pelaksanaannya. Keadaan ini untuk menjaga kemuliaan dan ketinggian hidup manusia. Perkara-perkara yang Thabat (tetap) dalam ajaran Islam 1. Akidah. • Akidah ialah keyakinan kepada Allah yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Keyakinan ini tidak boleh berubah walau apa pun yang berlaku 2. Ibadat. • Dalam melakukan ibadat wajib, Islam tidak pernah memberi toleransi kepada umatnya. Kita tetap wajib menunaikan ibadat walau dalam apa jua keadaan cuma caranya sahaja yang berbeza. 3 Ketetapan Hukum Syarak. • Hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti hukum wajib, haram, sunat, makruh dan harus akan tetap kekal sehingga ke hari kiamat. Perkaitan antara Murunah dengan Thabat Islam bersifat tetap dalam perkara asas dan prinsip tetapi murunah (anjal) dalam perkara cabang dan pelaksanaanya. Contohnya kewajipan menutup aurat adalah tetap, tetapi cara menutup aurat ( berpakaian ) di beri kelonggaran kepada manusia mengikut feysen dan keselesaan mereka. Setiap perkara telah ditetapkan asasnya dalam Islam, tetapi terpulanglah kepada manusia untuk melaksanakannya. Contohnya Islam menggalakkan perniagaan dan mengharamkan riba. Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria 144