nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 (1) Nov. 2015 | Page 144

Nota Lengkap Tasawwur Islam Ting 4 PELAJARAN 14 MURUNAH Murunah bermaksud luwes atau anjal. Iaitu menyakini bahawa segala hukum dan peraturan yang terdapat dalam Islam boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan keadaan, namun masih tetap diatas prinsip asasnya. Walaupun Islam telah menetapkan pelbagai hukum dan batasan yang perlu diikuti oleh umat Islam, tetapi dalam keadaan tertentu masih ada kelonggaran pada perkara cabang mengikut kesesuaian tempat dan masa. 1. Islam agama yang mudah. • • Islam mengetahui kemampuan manusia dalam melaksanakan perintah Allah SWT Islam memberi kelonggaran kepada umatnya dalam melaksanakan perintahNya. Contohnya cara berpakaian diberi kelonggaran asalkan menutup aurat. 2. Dilaksanakan mengikut keadaan dan kemampuan manusia • • Islam prihatin terhadap kemampuan umatnya. Dalam melaksanakan ibadat wajib seperti solat umat Islam boleh melakukan dalam berbagai keadaan seperti sambil berbaring, duduk dan sebagainya jika terdapat alasan yang munasabah seperti sakit dan sebagainya 1. Menunjukkan sifat toleransi dan berhikmahnya Islam 2. Menarik minat orang bukan Islam utuk memahami ajaran Islam 3. Mengalakkan Umat Islam mentaati dan melaksanakan perintah Allah SWT dengan sempurna 4. Memastikan kesinambungan Islam dan ajarannya sepanjang masa hingga ke hari kiamat. Disediakan Oleh : En. Safaee b. Zakaria 143