“ Astaghfirullah Wardah. Kenapa cakap macam ni? Begitu banyak nikmat yang Allah dah bagi pada Wardah, takkanlah sebab Rafiq seorang Wardah jadi lupa nikmat-nikmat yang lain?” Perlahan Mahirah memujuk Wardah. Dia tahu orang yang putus cinta seperti Wardah emosi dan hatinya sangat mudah terganggu, jika tersilap perkataan yang terkeluar, silap-silap jadi makin teruk!
“ Wardah adikku, indahnya wanita solehah seperti sekuntum bunga mawar. Indahnya tidak dapat disentuh kerana dipagari duri-duri sebagai pelindung diri. Wanita solehah juga adalah perhiasan dunia yang sukar dicari apatah lagi diganti. Dan wanita solehah juga tidak sewenangwenangnya membenarkan mana-mana lelaki ajnabi merosakkan hati dan imannya kepada Allah. Lelaki, ujian utamanya adalah perempuan, tapi kita yang perempuan pula, ujian utamanya adalah hati kerana di sinilah tempat tumbuhnya segala perasaan”. Dengan tenang Kak Islamiah menerangkan sambil sebelah tangan kanannya menepuk perlahan bahagian kiri dada, tempat terletaknya „ hati ‟. Sebab itu lah Allah meminta kita untuk menundukkan pandangan seperti dalam Surah An-Nur, ayat 30-31:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: " Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat ". Katakanlah kepada wanita yang beriman: " Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya” [ QS. An-Nuur: 30-31 ].
Lagi satu Wardah, seandainya kita menginginkan suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang muslimah yang baik. Tak mungkin seorang wanita yang baik akan mendapatkan lelaki yang tidak baik atau sebaliknya. Ini janji Allah dan Allah itu tidak pernah memungkiri janji. Teruskan memperbaiki diri kita. Nak dapat orang baik tak perlu susah payah pun. Cukup kembali ke jalan Allah. Kita akan dapat kejutan demi kejutan. Falling in love isn ' t haram, it depends on what you are doing then. Jangan terpengaruh dengan trend bercouple sekarang, kononnya yang tak ada couple tu tak laku. Trend sekarang trend yang rosak.”
“ Sesuatu perkara tidak semestinya benar hanya kerana ramai orang yang melakukannya. InsyaAllah, the right person will come at the right time. Ingat, menjadi perempuan cuma ada dua pilihan. Satu, menjadi sebesar-besar fitnah. Dua, menjadi sebaik-baik perhiasan. Maka, pilihlah sama ada mahu menjadi mawar merah syurga atau sebaliknya!” dengan penuh semangat Kak Islamiah meniupkan harapan dan impian kasih kepada jiwa Wardah di hadapannya! Azan Isyak yang berkumandang bertemankan air mata penyesalan menyuburkan lagi keazaman Wardah untuk berhijrah menjadi mawar merah syurga itu! Kali ini Lillahi Taala!