NIDA' AL-INSYIRAH FEB 2016 | Page 8

Mawar Merah Syurga
MANUSIA YANG DIKASIHI DAN DIBENCI OLEH RASULULLAH S. A. W
Rasulullah s. a. w bersabda, bermaksud:
“ Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi,“ wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah“ ialah orang yang takbur.”( Riwayat at-Tarmizi)
Huraiannya:
Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.
Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.
Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan

Karya Pelajar

Mawar Merah Syurga

Oleh: Nur Syuhada binti
„ Maafkan aku Wardah. Aku hanya anggap kau macam kawan baik aku. You deserve better. Sekali lagi aku minta maaf ‟.
SMS daripada Rafiq dibacanya berulang kali, sambil air matanya mengalir begitu deras tanpa henti. Hatinya yang berdebar menanti saat-saat jejaka idaman menerima cintanya kini menjadi hancur, remuk, punah dan sakitnya hanya Allah sahaja yang mengetahui.
“ Kak Mahirah, saya ni tak cukup solehah lagi ke? Atau pun perempuan yang Rafiq suka tu jauh lagi cantik daripada saya? Ya Allah, apalah dosaku sehingga Kau buat aku macam ni?” Adu Wardah pada naqibahnya, Kak Mahirah.