Mak: " Siapa yang mampu ciptakan suami di akhirat?" Si gadis: " Allah."
Mak: " Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap dipandang mata dan kamu kekal di dalamnya."
Si gadis: " Kata-kata siapa itu, mak?"
Mak: " Allah yang berfirman dalam Surah al-Zukhruf ayat 71. Ada lagi yang Allah janjikan sebagaimana dalam Surah Fussilat ayat 31,
'.. Kamilah Pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh( pula) di dalamnya apa yang kamu minta..”
Maksudnya, kalau kamu inginkan suami, insya-Allah kamu dapat suami di Syurga.
Apa yang mustahil bagi Allah? Tidak ada!" Si gadis mengelap air matanya.
Si gadis: " Tapi, orang duk kata kat saya tak laku. Buruk. Hodoh. Memilih. Demand."
Mak: " Biaq pi. Biarlah tak laku di dunia, tapi laris di akhirat.
“ Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa sedih kerana sesungguhnya kedudukan kamu lebih tinggi( mulia) jika kamu beriman”( Ali-Imran: 139).
Single ke, kahwin ke, tapi kalau taqwa dan iman tak berubah duk takuk lama tu jugak, tak guna gak.
Jadilah full-time muslimah.
' Fasobrun Jamiiil '. Sabarlah dengan seindah-indah kesabaran. Jodoh yang indah datang dari kesabaran yang indah.
Jangan bersedih. Wat lek wat biskut. Bak mai kat mak satu balang lagi karipap mini tu."
Si gadis tersengih-sengih dan happy balik dengar kata-kata maknya itu. Sambil menghulurkan empat balang penuh biskut dan kuih muih raya pada ibunya.
Mak: " Ambuihhh... jangan obesitikan mak. Susah nak monopod selpi nanti. Kena letak kamera kat atas nak bagi nampak slim lak."
Si gadis terpele ' ot teruih. cerita oleh: Muhammad Rusydi
Ingat apa Allah kata,