NIDA' AL-INSYIRAH FEB 2016 | Page 13

Cerpen

Full Time Muslimah

' PASAI PA TAK KAHWIN LAGI? BILA NAK KAHWIN?' Sedih."
Mak: " Kamu dah usaha sedaya upaya kan? Bukan tak pernah approach, bukan tak pernah menerima, bukannya tak pernah ada orang suka dan tolak, kan?"
Si gadis: " Ya, mak."
Mak: " Boleh tak kita paksa biji durian yang kita baru tanam hari ini, terus berbuah hari ini?"
Si gadis: " Tak boleh."
Mak: " Jodoh pun macam tu lah. Kita memang nak cepat. Tapi, takdir Allah dan sunnatullah itu kita tak mampu paksa. Kita siapa nak paksa Allah? Kita cuma ada kudrat doa dan minta dengan baik dari-Nya."
Suatu petang raya.
Si gadis menghampiri ibunya di laman rumah. Ibunya tengah mencekik ketupat.
Si gadis: " Mak, saya dah umur 33 tahun ni. Tak kahwin-kahwin lagi." Mak: " Rilek." Si gadis: " Nak rilek camana lagi. Dah lebih usia. Dah expired." Mak: " Rilek."
Si gadis: " Dulu masa saya umur lepas SPM sampailah 25, orang asyik tanya, ' BILA NAK KAHWIN?' Sekarang, orang duk tanya dengan penambahan kata di depan,
Si gadis menitiskan air mata. Sedih. Dah lama sebak terpendam dalam hati. Orang sekeliling yang bertanya tak pernah faham, betapa pilunya hati orang yang ditanya. Orang tak mengerti, bukan tak mahu. Tapi, dah tersurat begitu.
Ibunya mencapai tangan si gadis.
Mak: " Andai tiada jodoh di dunia sekalipun, jangan bersedih. Di akhirat pasti ada."
Si gadis: " Mana mak tahu ada? Yang saya tahu, orang yang dah kahwin saja dapat bersama pasangan di Syurga."
Mak: " Siapa yang ciptakan suami di dunia?" Si gadis: " Allah."