Menyuburkan Jawi sebagai Fard al-Kifayah Mar. 2015 | Page 9
Al-Qur’ān, yang merupakan kata-kata Tuhan yang Maha Esa, merupakan tanzil yang
dinyatakan dalam bahasa ‘Arab yang baharu1 dan ditafsirkan dan disampaikan dalam
Sunnah serta dipelihara dalam penggunaannya yang asli dalam wibawa ‘ilmiyyah yang
diwarisi sejak zaman Rasulullah sallā Allāh ‘alayhi wa sallām dan para sahabat baginda
raḍiyy Allāh ‘anhum. Bahasa ‘Arab al-Qu’ran yang baharu ini mampu dan telah terbukti
mampu merentas peredaran zaman kerana ia memiliki kebenaran, ketepatan, kejituan dan
ketekalan untuk memerikan ḥaqīqat. Lagi pula kemurniaan bahasa ‘Arab al-Qur’ān itu
akan berkekalan kerana iṣṭilaḥ-iṣṭilaḥnya dapat dijejaki akar ma‘nānya dan saling
kukuh-berangkai antara satu sama lain, demi memelihara ma‘nā yang sebenar yang
diwakili oleh sesuatu perkataan itu, lebih-lebih lagi iṣṭilaḥ-iṣṭilaḥ kunci yang membentuk
pandangan ‘ālam Islām. Al-Qur’ān, yang mempunyai perbicaraan yang jelas dan teratur
dan binaan mantiq yang mantap, yang merupakan kerangka bahasa ‘Arab yang baharu ini,
telah melahirkan satu bidang kajian bahasa dan perkamusan yang begitu unggul yang
disaksikan dalam sejarah ketamadunan dunia2.
Bahasa ‘Arab al-Qur’ān inilah yang telah mempengaruhi bahasa-bahasa utama Islām
yang lain dengan pengenalan iṣṭilaḥ-iṣṭilaḥ kunci dan merubah iṣṭilaḥ aṣalnya kepada
ma‘nā yang menurut pandangan ‘ālam Islām, begitu juga dengan binaan bahasanya
seperti pembentukan naḥwnya dan ayatnya, termasuklah juga dengan ḥūruf yang
1
Untuk perbaḥathan mengenai perubahan sifat asasi bahasa ‘Arab Jahiliyyah menjadi bahasa
‘Arab baharu ini, lihat Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan
Melayu, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972, ms. 37.
2
Senarai qāmūs-qāmūs besar bahasa ‘Arab dapat dilihat dalam Muhammad Zainiy Uthman,
Pemikiran dan Pembinaan Tamadun: Transformasi Modal Insan ke Arah Negara Maju, Biro
Tatanegara Malaysia, 2012, ms. 43.
9