Menyuburkan Jawi sebagai Fard al-Kifayah Mar. 2015 | страница 17
‘Ilm al-yaqīn: Keyaqīnan berasaskan ta‘aqulan ‘aqal naẓarī. Seperti keyaqīnan
bahawa terdapatnya api di sebalik bukit, disebabkan terlihat akannya asap di sana.
‘Ayn al-yaqīn: Keyaqīnan berasaskan mata inderawi. Seperti keyaqīnan sang
penyaksi meninjau di balik bukit,
bahawa adanya api yang disaksi mengḥaṣilkan asap
itu tadi.
Ḥaqq al-yaqīn: Keyaqīnan berasaskan pengalaman sendiri. Seperti keyaqīnan sang
penyaksi, meletakkan tangannya pada api, untuk benar-benar pasti bahawa ṣifāt panas dan
cahaya itu benar-benar adalah milik api.
Dengan
memahami
tahap-tahap
keyaqīnan
sebeginilah,
pengkaji
mampu
memisahkan apa yang benar dan apa yang bāṭil. Sungguhpun hanya dengan berbekalkan
ta‘aqulan ‘aqal naẓarīnya – kerana mustāḥil baginya menyaksi ataupun mengalami sendiri
apa yang sudah termaktub pada lembaran bersejarah itu – pengkaji sudah sedia yaqīn tiba
pada ma‘nānya yang sebenar. Pada ke YZ