Menyuburkan Jawi sebagai Fard al-Kifayah Mar. 2015 | Page 12
Karangan #3
Yang Serupa, Tetapi Bukan Ma‘nanya
Dalam mengenal pasti perkataan yang digunakan dalam sesebuah karangan, lebih-lebih
lagi dalam makhṭūṭat (manuscripts), bukan satu atau dua qāmūs sahaja boleh disandarkan
untuk si penyelidik untuk tiba pada ma‘nānya.
Satu perkataan tunggal boleh jadi mengandung ma‘nā yang begitu luas lagi dalam,
terutamanya yang disenaraikan sebagai iṣṭilāḥ-iṣṭilāḥ kunci, seperti Allah; Nabī; Insān;
‘Ilmu; ‘Ādil, Agama, Pendidikan, Pembangunan. Qāmūs sudah tentu belum dapat
menunjukkan ma‘nānya yang sebenar, begitu juga dengan mawsū‘ah (encyclopedia). Para
‘ilmuwan yang besar-besar telah mengarah berjilid-jilid kitāb untuk menghuraikan apa
yang dima‘nākan dengan perkataan tersebut, yang padanya terdapat perbaḥathan yang
menyusuri saujana dan liku-liku pemikiran dan falsafah.
Kata sekadim atau kata temparan (cognate word) merupakan masalah besar bagi para
pengkaji. Kata sekadim atau kata temparan ini dibaca oleh pengkaji serta difahaminya
sepertimana apa yang sedia terdapat pada ma‘lūmāt dhihinnya. Namun, ḥaqīqatnya, ia
tidak pun mewakili apa yang tersīrat pada lembaran kajiannya itu. Mithālnya, kata
‘cendekiawan’ tidak semestinya mewakili ma‘nā ‘‘ilmuwan’ dalam qāmūs bahasa Melayu
12