Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | Page 53

penonton memekap telinga masing-masing sambil melihat ke arah udara. Ada yang memetik gambar dan ada yang merakamkan adegan itu. Saya berasa sungguh terhibur. Setelah menyaksikan acara tersebut, kontingen-kontingen yang lain pun berbaris keluar dari pentas terapung. Selepas itu, bermulalah berbagai persembahan daripada murid-murid sekolah dan organisasi-organisasi tertentu seperti People’s Association. Saya berasa amat terharu apabila melihat Sezairi Sezali menyanyi dalam hujan gerimis. Semua penonton kelam-kabut memakai baju hujan masing-masing. Mujurlah hujan tidak terlalu lebat. Setelah hujan berhenti, kami berasa lega. Setelah menyaksikan beberapa acara yang lain, kami pun berbuka puasa. Kami menjamu selera dengan memakan roti burger yang dibelikan ayah sebelum kami tiba di Esplanade. Kami dapat merasakan angin 8.00 malam mengusap-ngusap tubuh kami, seolah-olah turut sama dibuai keseronokan. Kami memakukan pandangan ke udara yang bagai bermandikan bunga api yang berwarna-warni meruntun hati,. Ayah saya memetik gambar manakala ibu merakamkan pertunjukan itu. Saya pula sekadar melihat keindahan bunga api itu. Apabila acara tamat, Presiden Tony Tan pun turun dari tempat duduknya dan menuju ke sebuah kereta Mercedes yang sedang menantinya. Beliau sempat bersalam dengan dengan penari-penari dan peserta-peserta yang lain. Tiba-tiba hati saya berbisik, “Alangkah baiknya jika saya ada seorang adik. Pasti lebih seronok dapat menonton acara ini bersamanya.” Dalam perjalanan pulang, ibu saya memberitahu saya sesuatu yang amat menggembirakan. Saya akan mendapat seorang adik! Hati saya bagai disuntik jarum kegembiraan. Doa saya telah dimakbulkan Tuhan. Saya berharap adik saya juga akan berpeluang menyaksikan sambutan hari kebangsaan Singapura seperti saya. Hari itu adalah satu perayaan yang istimewa buat saya dan keluarga saya kerana saya berpeluang menyaksikan sambutan hari kebangsaan dan menerima khabar yang menggembirakan daripada ibu dan bapa saya. 53