Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | Page 52

SUATU HARI YANG TIDAK DAPAT SAYA LUPAKAN Oleh Nur Syahirah Rukaimi Sekolah Rendah West View ___________________________________________________________________________ “Selamat Hari Kebangsaan Singapura,” ucap ibu kepada saya di ruang tamu rumah sebaik sahaja saya keluar dari kamar saya. Saya tersenyum sahaja lalu duduk di sebelah ibu. Hari ini ialah hari yang paling bermakna kepada rakyat Singapura. Singapura menyambut hari lahirnya yang ke-46. Hari ini juga adalah hari terakhir kami berpuasa. Tiba-tiba ayah pulang dari kedai dengan senyuman yang lebar. Ayah tidak bekerja kerana hari itu ialah hari cuti umum. Ayah pulang dengan membawa tiga keping tiket untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan. Kawannya telah memberikan tiket itu kepadanya. Hati saya riang tidak terkata. Kami semua pun bersiap-siap dan bergegas ke Esplanade. Acara akan bermula kira-kira dua jam dari sekarang. Kami ingin ke sana lebih awal untuk mengelakkan kesesakan di jalan raya. Kami diberi sebuah beg cenderahati. Di dalam beg itu berisi berbagai-bagai benda seperti lampu suluh kecil, baju hujan, biskut dan air minuman dalam botol. Cuaca panas terik seakanakan membakar kulit tubuh tetapi tidak berjaya menghalang saya untuk menghiburkan hati dan tidak juga dapat mengatasi keghairahan saya untuk turut berpesta bersama-sama dengan ribuan penonton yang lain. Hos yang mengacara acara ialah Gurmit Singh, Suhaimi Yusoff dan dua lagi deejay wanita berbangsa Cina. Mereka semua menghiburkan hati penonton dengan pelbagai aksi yang mencuit hati. Kami juga diminta membuat ombak Singapura atau Singapore Wave. Saya dan keluarga saya berasa seronok kerana dapat melakukan Ombak Singapura beberapa kali. Apabila Perdana Menteri Encik Lee Hsien Long tiba bersama anggota-anggota parlimen yang lain, kami pun melafazkan ikrar. Setelah itu, kami menyaksikan sebuah helikopter terbang lalu di udara sambil membawa bendera Singapura. Saya dan ramai lagi penonton yang lain mendongak ke langit unt Z