Koleksi Buku Karangan AUG 2014 | Page 34

Saya meneruskan lawatan saya di Universal Studio itu dengan berkaki ayam. Selepas itu, kami makan di sebuah restoran bernama ‘Madagascar’. Restoran itu menghidangkan makanan yang menyelerakan. Apabila kami keluar dari restoran itu, kami ternampak empat ekor penguin sedang menari-nari. Burung besar yang menggunakan sayap untuk menyelam dan berenang itu sangat comel. Selepas itu, kami pergi ke bahagian ‘Egyptian City’ untuk membeli tanda mata. Bahagian itu tidak kurang pengunjungnya. Apabila saya keluar dari kedai tanda mata, ibu, ayah dan Luqman sedang bergegas ke stesen lain. Cuaca mendung. “Ibu, ibu di mana? Tolong belikan saya selipar, saya berkaki ayam ni,” kata saya sambil merayu di telefon bimbit. Ibu tersenyum lalu bertanya hairan, “Di mana selipar kamu?” “Tali selipar sudah terputus!” jawab saya, tanpa disedari air mata mengalir di pipi, “Menangis pula budak ini,’ kata ibu. “Sudahlah, jangan menangis. Buruk rupa kalau anak dara macam kamu menangis.” Tiba-tiba pemuda Jepun yang terpijak selipar ternampak saya berjalan ke arah saya. Dia mendekati saya sambil tersenyum. “Kenapa lelaki kacak ini datang ke arah saya?” kata saya di dalam hati saya sambil mengesat air mata yang hampir kering. Lelaki Jepun itu menunjukkan sesuatu ke arah saya. Di s X