MAAFKAN KAMI, IBU
Oleh Hannani Binte Rehan
Madrasah Aljunied Al-Islamiah
__________________________________________________________________________
“Diana! Kamu dengar atau tidak?” soal Cikgu Sofia. Diana memandang ke arah
cikgunya dan mengangguk. Cikgu Sofia menyambung dengan pelajarannya. Diana kembali
melayani fikirannya, jauh ke masa lampau. Ke suatu peristiwa dua tahun yang lalu. Memang
sudah berlalu tetapi tetap mengusik kalbu.
Ibu Diana sememangnya gementar dengan hospital mental sejak remaja lagi. Diana dan
kakaknya, Dina, peka bahawa walaupun ibunya menghidapi masalah mental, mereka tidak
boleh menghantarnya ke hospital mental. Dina sudah beberapa kali cuba menghantar ibunya
ke hospital mental tetapi percubaan itu sering gagal. Tanpa diduga, secara tiba-tiba, berlakunya
sesuatu kejadian yang telah mengubah hidup mereka semua.
“Ibu, saya sudah pulang!” teriak Diana. Ibunya yang selalu dipeluk khayalan, berjalan
menuju pintu dengan membawa beberapa begnya sekali. “Ibu belikan baju-baju untuk kamu
semua,” kata ibu dengan nada ceria. Melihat muka ibunya, Diana tidak sampai hati untuk
memarahi ibunya. Pada saat itu juga, Dina pulang. Mata Dina terpaku pada beg-beg baju itu,
serta-merta mukanya bertukar menjadi merah padam. “Ibu! Berapa kali kami perlu cakap,
jangan gunakan duit-duit itu. Kami belum bayar lagi bil elektrik dan air,” kata Dina agak keras.
Mata ibunya mula berair. Diana, seperti lipas kudung beralih dari kerusi dapur dan terus
mendekati Dina. Dina dapat merasakan apa yang akan terjadi sekarang ini. Dengan hati yang
berat, dia segera menekan ‘995’, memanggil ambulans meminta bantuan.
Ibunya mengeluarkan kesemua makanan dari dalam peti sejuk lalu meletakkannya di
hadapannya. Sambil mengetap bibir, ibunya menghentak semua makanan itu di meja. Telur
pecah, kek hancur dan banyak lagi makanan yang dihempaskannya ke lantai.
Siren ambulans mengisi ruang. Ibunya yang bagaikan disuntik jarum kesasauan, tidak
menyedari siren ambulans yang menghambat pendengaran banyak orang di sana sini.. Diana
memegang tangan kakaknya erat-erat, di bantai ketakutan, sehingga kukunya melukai tapak
tangan kakaknya itu.
Tok! Tok! Tok! Kedengaran ketukan pintu rumah membuat ibunya berhenti dari
melakukan apa yang sedang dilakukannya.Sebelum sempat ibunya bergerak, Dina bergegas
membuka pintu rumahnya. Seorang paramedik dan seorang jururawat masuk menghampiri ibu
mereka.
“Cik, mari sini!” kata jururawat itu. Ibu Diana memandangnya. Semacam kesedihan
terpancar di wajahnya. Hati Diana terasa hiba. Berat matanya melihat tubuh ibunya kaku
terpegun dengan orang yang tercegat di sisinya itu. Dina melepaskan tangannya dari
genggaman kakaknya lalu menerkam dan memeluk erat ibunya.
“Minta maaf, ibu! Kami cuma buat apa yang terbaik untuk ibu,” kata Diana, menangis
teresak-esak. Ibunya mengangguk sambil melemparkan sebuah senyuman yamg pahit.
33