HEYBUR 2021 FEBRUARI | Page 13

Kerjaya YunaLis
Pada tahun 2010 , beliau telah mengeluarkan Album Studio sendiri dan mendapat sambutan hangat di Malaysia . Kemunculan Yuna dalam industri muzik Malaysia adalah satu kejayaan yang besar walaupun hanya bermula daripada platform Myspace . Sekitar tahun 2011-2013 , Yuna bertemu syarikat rakaman dan pengurusan Indie-Pop di Amerika Syarikat . Single pertama Yuna , “ Live Your Life ” yang dilancarkan pada 24 Januari 2012 , menempa kedudukan di i Tunes dan orang disebalik tabir lagu tersebut ialah pemenang Anugerah Grammy , Pharrel William . Album beliau ini juga telah berada pada carta 23 di Carta Heatseekers Billboard .
Yuna membuktikan tanggapan orang lai terhadapnya salah sama sekali apabila beliau memperoleh pelbagai anugerah bahkan di persada antarabangsa . Kini , beliau banyak melakukan projek dan kolaborasi besar antaranya bersama Usher dan Jay Park di LA . Dengan hampir 881 ribu pengikut di Instagramnya dan lebih dari 1.5 juta pendengar Spotify dari 65 negara setiap bulan , Yuna sangat gembira kerana dapat merealisasikan impiannya dan terus mencabar dirinya untuk membuat muzik kepada peminatnya . Yuna telah melakar sejarah tersendiri apabila gambarnya dipaparkan di sebuah papan iklan berlampu LED di Times Square , New York , Amerika Syarikat dan dibawa khas oleh Spotify sendiri . Secara keseluruhan , penyanyi dan penulis lagu , Yuna dengan bantuan Nocturnal , Chapters dan Rouge telah mengeluarkan empat album studio yang berbeza dari segi tema dan jalan cerita di antara tahun 2012 dan 2019 . S elain menjadi penyanyi dan penulis lagu , Yuna turut menjadi pengarah kepada muzik video lagu “ Alone ” nyanyian Hani dan Zue pada Oktober 2018 dan muzik video berkumpulan “ Aku dan Laguku ” pada Disember 2018 .
Selain daripada kejayaan beliau dalam industri muzik , Yuna turut terkenal dengan cara pemakaiannya yang sederhana dan turban yang bergaya mencerminkan beliau yang tetap setia pada agama Islam walaupun beliau terkenal di peringkat antarabangsa . Selain itu , gaya tandatangannya juga telah menarik perhatian banyak pereka fesyen terkenal . Fesyen turbanista beliau turut dihadiri oleh produk terkenal dunia iaitu Chanel , Carolina Herrera , DKNY , Prabal Gurung dan banyak lagi ketika Fashion Weeks di New York dan Paris . Menurut Yuna , beliau tidak mempunyai pilihan fesyen tertentu , malah gayanya sentiasa berubah secara konsisten .
" Saya tidak mempunyai pilihan fesyen tertentu , gaya saya sentiasa berubah secara konsisten " - Yuna
HeyBur ! 7