Latar belakang
Di ruangan muzik ini , ingin saya
kongsikan mengenai si cilik bersawo matang , menempa nama di persada dunia tak lain tak bukan Yunalis binti Binti Mat Zara ’ ai atau lebih dikenali dengan nama panggilannya , Yuna yang merupakan anak kelahiran Alor Setar , Kedah dan anak tunggal kepada bapanya , Dato ’ Mat Zara ’ ai bin Alias dan ibunya , Datin Anum Wahab . Beliau dilahirkan pada 14 November 1986 dan pada 26 Januari 2018 , Yuna melangsungkan perkahwinannya dengan Adam Sinclair di kediaman keluarganya di Shah Alam , Selangor . Beliau juga merupakan alumni Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) kampus Shah Alam pada tahun 2009 . Beliau turut dikenali sebagai penyanyi , penulis lirik , pemuzik , komposer , ahli perniagaan dan pereka fesyen .
Sejarah penglibatan dalam dunia muzik
Sejak kecil , Yuna telah digalakkan untuk menceburi bidang muzik oleh kedua ibu bapanya . Beliau sering menyertai pertandingan nyanyian ketika zaman persekolahannya . Kerjaya nyanyiannya bermula apabila Yuna menjadi penyanyi latar belakang Dayang Nurfaizah pada tahun 2004 . Yuna mula berjinak dengan menulis lagu dan memetik gitar ketika beliau berusia 14 tahun . Ketika menuntut di Universiti Teknologi MARA ( UiTM ), Yuna mempersembahkan lagu pertama iaitu lagu yang berjudul “ Ku Katakan Dengan Indah ” dan beliau memuat naik muziknya di laman Myspace beliau dan mendapat jaringan sebanyak lebih satu juta putaran sehingga meraih tumpuan umum pada tahun 2008 .
Kejayaan dalam laman Myspace tersebut disebut-sebut oleh syarikat label dan pengurusan Indie-Pop , dan pada awal tahun 2011 , Yuna bersetuju dan menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman tersebut .
HeyBur ! 6