Elken Club Vol 11/12 2018 BM EC11-12_Low | Page 24
RENCANA
Kekal Cergas Dan Hebat
Musim Pesta Sudah Tiba!
Berikut adalah panduan ringkas untuk bersedia
sebelum berpesta.
Sebulan Sebelum .
Lakukan: Gabungkan latihan kompaun yang melibatkan pelbagai
sendi dan otot (lunge, squat, dip, bench press, shoulder press,
row, dan deadlift) untuk meningkatkan kadar metabolik dan
memejalkan otot anda.
Makan: Sensualite mengandungi ekstrak
safron untuk mengawal selera makan anda,
protein soya untuk mengurangkan lemak
visera, dan serat larut untuk mengawal paras
gula darah bagi menggalakkan penurunan
berat badan.
Pakai: Apabila dipakai selama lapan jam
sehari, DX Verve atau Charms membantu
mengurangkan lemak secara keseluruhan
melalui pengagihan semula untuk membentuk
potongan badan yang menawan.
Seminggu Sebelum
Lakukan: Menambah senaman bahagian atas belakang dan
pergerakan berpusing yang melibatkan gerakan perut melintang
membantu menjadikan pinggang kelihatan lebih kecil.
Makan: Apabila semakin dekat dengan acara besar anda, penting
untuk terus mengambil makanan seimbang. Memulakan hari
dengan sarapan pagi yang tinggi dengan protein membuatkan
anda kenyang lebih lama. Juga pastikan diri anda terhidrat
kerana otak kadangkala boleh terkeliru antara dahaga dengan
lapar. Minum segelas besar air sebelum makan boleh membantu
mengurangkan jumlah makanan yang dimakan.
Pakai: DX Verve atau Charms Waist Nipper meratakan perut
yang buncit dan mencipta garis pinggang yang menawan untuk
membantu anda memakai pakaian yang ketat.
24
ELKEN CLUB • 11/12 2018
Pada Hari Acara
Besar Anda
Lakukan: Senaman Tabata selama empat minit. Lakukan
20 saat senaman lutut tinggi atau mendaki gunung
seberapa keras dan pantas yang anda boleh, diikuti dengan
10 saat selangan, dan ulangi selama empat minit. Dengan
menggabungkan intensiti yang lebih besar, anda boleh
mencapai kumpulan otot yang lebih besar dalam masa yang
lebih singkat.
Makan: Jauhi makanan yang tinggi garam untuk
mengelakkan rasa kembung sebelum pesta bermula. Anda
sudah bekerja keras untuk kelihatan hebat dalam pakaian
anda, kini adalah masa untuk memastikan kerja keras anda
itu berbaloi. Pada hari tersebut, makan snek yang sihat,
yang tinggi protein dan serat tiga jam sebelum berparti. Ini
akan membantu mengurangkan rasa lapar dan memastikan
anda tidak makan terlalu banyak semasa di pesta nanti.
Pakai: Elysyle Arm Shaper menyembunyikan bonjolan
coli agar lengan kelihatan lebih kecil. Ia juga mewujudkan
lurah dada yang lebih menonjol dengan memindahkan
lemak berlebihan daripada lengan atas dan bawah ketiak
ke payudara.