isteri yang lemah daya pemikiran kreatif dan kritis. Lebih-lebih lagi apabila menjadi suami yang
kurang kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, berapa banyak urusan
keluarga tidak dapat diselesaikan dengan bijak dan profesional.Jadi, sebagai ibu bapa yang prihatin
pada pembentukan daya pemikiran anak-anak, apakah langkah yang kita perlu lakukan?
Pertama,menggalakkan anak berfikir dan meneroka. Kedua, memberi peluang mereka buat
kesilapan dan menyelesaikannya. Ketiga, memberi peluang mereka membuat keputusan.
Mengurus Perasaan Marah
Satu lagi kelebihan pada kanak-kanak ialah dapat mengawal kemarahan sekiranya ibu bapa bijak
membentuk perasaan tersebut sejak kecil. Adakah kita sering menghadapi situasi ini; anak -anak
memandang kita dengan dahi berkerut, wajah yg masam, matanya dikecil dan dibesarkan, atau
suaranya kuat dan lantang? Ya..itu tandanya dia sedang marah
Dari manakah anak- anak belajar tentang marah? Sudah tentu mereka belajar daripada ibu bapa atau
persekitaran mereka . Ibu bapa perlu cermin diri mereka bagaimana sikap mereka apabila berada
dalam keadaan marah. Mahukah ibu bapa anak-anak mempunyai sikap yang sama? Lebih-lebih lagi
mempunyai sifat yang panas baran? Tentu tidak bukan. Sebaliknya, pasti ibu bapa mahu anak yang
penyabar,sopan santun dan pandai mengawal kemarahan. Oleh yang demikian, kawallah kemarahan
ibu bapa agar anak-anak dapat mewarisi sifat-sifat yang baik sahaja daripada kita. Tidak salah untuk
mempunyai rasa marah. Cuma tindakan ibu bapa apabila marah itu perlu dibetulkan.
Rasulullah SAW juga menasihati para sahabat Baginda supaya tidak marah. Baginda juga hanya
menunjukkan reaksi marah tanpa mengeluarkan kata - kata apabila baginda sedang marah. Dengan
cara tersebut, dapat kah para sahabat menyedari dan memahami bahawa Baginda sedang marah?
Ya..sahabat faham baginda sedang marah hanya dengan berubah wajah. Jadi ibu bapa tidak perlu
bersuara lantang, menjerit dan berkata kasar dengan anak-anak. Mereka tahu bahawa ibu bapa
sedang marah hanya dengan perubahan riak muka.
Antara cara lain untuk mengawal kemarahan adalah : Beristighfar dan isti'azah, menarik nafas
secara dalam dan perlahan, bertenang, meninggalkan individu yg dimarahi, beredar dari tempat yg
kita marah, berdiam diri, minum air dan berwuduk. Dari perbincangan di atas, dapatlah difahami
bahawa kelebihan seorang kanak-kanak ialah berfikir, menyelesaikan masalah dan mengurus
perasaan marah. Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkan sifat dan
keperibadian mereka.Sebagai ibu bapa, semoga kita menjadi ikutan yg baik kepada anak-anak.