E Darul Ulum Magazine January 2015

Penulis : Rafidah Mohd Azli Nur Ilyani Munsarikh Nur Arifah Idris Segmen 'Anak Ibarat Kain Putih' : Membentuk Cara Berfikir dan Mengurus Perasaan 'Anak ibarat kain putih' itulah pepatah yang seringkali kita dengar dalam kamus kehidupan sebagai ibu dan bapa. Namun tidak ramai yang menjadikan pepatah tersebut sebagai kata-kata motivasi bagi mendidik dan mentarbiyah anak-anak mereka. Malah menerimanya dengan sifat acuh tidak acuh serta tidak mempedulikan makna yang mendalam di sebalik kata-kata tersebut. Objektif utama segmen ini adalah membincangkan apakah kelebihan intelektual yang terdapat pada seorang bayi atau kanak-kanak dalam aspek penerimaan sesuatu pengajaran dari segenap sudut atau penjuru. Kali ini segmen membincangkan berkenaan kelebihan kanak-kanak berfikir dalam menyelesaikan masalah dan mengurus perasaan. Kemampuan berfikir seorang kanak-kanak adalah sangat tinggi. Kita sebagai ibu bapa perlu aktif dan kreatif untuk menggalakkan anak berfikir. Secara asasnya manusia berfikir apabila perlu membuat sesuatu, mencipta sesuatu atau menyelesaikan masalah. Dalam konteks mendidik anak-anak, apabila kita terlalu 'reserve' untuk mereka membuat kesilapan, mereka akan kurang berfikir. Berfikir menjadikan daya fokus kita meningkat kerana proses berfikir itu memerlukan masa. Satu perkongsian dari seorang ibu, Puan Nur Ilyani bahawa Kali pertama beliau memberi 'masalah' kepada anak perempuannya Dhuha ketika usianya 1 tahun. Cara tersebut adalah untuk meningkatkan daya fikir, fokus dan 'common sense'. Ketika itu beliau membiarkan Dhuha makan sendiri dan hasilnya bersepah satu rumah. Apa konten latihan berfikirnya? Kata Puan Nur ilyani , beliau menggambarkan kepada anaknya tentang permasalahan ketika itu ialah makanan Dhuha telah tumpah. Maka solusinya adalah makanan tersebut mesti dikemas dan sapu. Pada mulanya beliau membimbig Dhuha untuk menyapu. Setelah beberapa kali latihan, ianya menjadi menjadi perkara biasa dan 'common sense'. Jadi kita tidak perlu lagi susah hati jika rumah bersepah. Malah, kita di kalangan dewasa juga merasakan tugas untuk menyelesaikan masalah adalah 'common sense'. 'Common sense' dan kemahiran berfikir hanya akan berhasil dengan latihan. Terlalu ingin menyelamatkan keadaan atau 'over-protective' dan menggunakan kuasa semasa membuat keputusan untuk anak, hanya akan merencatkan kemahiran berfikir kerana mereka tidak diberi peluang membuat keputusan. Hasilnya kita akan dapat melihat bahawa apabila anak itu membesar, tidak mustahil mereka menjadi